Artis / Selebriti
” Siapa yang plan ni. Macam tahu-tahu je dah takde tahun depan. Allahuakbar sedihnya.. ” – Komen Netizen
Video sketsa pendek Sepi Raya Abah lakonan Nabil Ahmad, Radin, Pak Azad dan Bella Astillah bersama arwah Jalil Hamid menyentuh hati ramai. Sedihnya dialog akhir arwah tu, macam dah tahu je ini raya terakhir..
Kesedihan peminat seni tanah air di atas pemergian arwah Jalil Hamid masih dirasai sehingga ke hari ini. Jalil bukan hanya sekadar pelakon namun dia adalah lagenda yang menjentik hati orang ramai menerusi setiap watak lakonan yang disajikan kepada penonton.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Azzarinanorani, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sketsa pendek lakonan geng 3 Pagi Era iaitu Nabil Ahmad, Radin Era, Pak Azad dan Bella Astillah bersama arwah Jalil. Sketsa ini berjudul Sepi Raya Abah.
Lakonan Jalil memang sinonim dengan watak sedih seorang ayah. Jalan ceritanya berkisar mengenai 3 orang anak yang tidak dapat pulang menyambut hari raya bersama ayahnya kerana sibuk dengan urusan lain dan menghadapi masalah kewangan.

Lakonan Jalil dan lontaran dialognya cukup menusuk ke hati warganet. Memetik komen warganet, dialog Jalil itu seolah-olah dia dapat merasai ini adalah raya terakhirnya. Tiada lagi raya bersama ‘ abah ‘ untuk tahun depan dan seterusnya kerana Abah telah pun kembali kepada Pencipta.
Jom tonton video di bawah :
@azzarinanorani Al-Fatihah.. Kenangan 3pagi era & @Bella Astillah bersama Allahyarham JALIL HAMID sewaktu bulan Ramadhan.. #bellaastillah #3pagiera #jalilhamid #ramadhan #era @ERA @afiqah.jalil
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Siapa yg plan ni.. idea sape ye.. macam tahu tahu aje dah takda tahun depan.. rindu “abah”…. Aku tercekik rasa pilu .. tersedu sedu sendiri.. “
” Mesti warga ERA meleleh air mata tengok semula sketsa HARI RAYA ni.. Allahuakbar sedihnya.. lantunan suara Arwah dlm babak sedih ni adui mencengkam jiwa. Al Fatehah.. “
” Sunyi kan kehidupan kedua orang tua kita bila anak-anak dah ada kehidupan sendiri kan.. tambah2 bila perayaan berharap sangat anak2 duduk sama2 beraya.. “
” Abah dah xde..tahun depan raya dn Selamanyer dh x beerti lagi. meleleh air mata tengok sketsa ni. memang tiada lagi abah.. “
” Abah macam dah tahu dia nak balik ke sana. tahun depan dah tak ada lagi raya dengan abah.. dialog arwah tu memang macam dia dah tahu kan dia nk kembali pada pencipta.. “
” Allah…aku dr semalam asyik nangis jee…vtt arwah klau lalu mst nangis…aku pon rinduu dgn arwah abahh.. “
” Tapi “Abah” yg dah x balik sini lagi.. Allahumma firlahu warhamhu wa’afihi wa’fuanhu. Syurga buatmu Abah.. “

Siapa sangka, sketsa ini benar-benar yang terakhir daripada Jalil dan tahun depan, tiada lagi suara dan lakonannya yang dapat kita tonton. Pengajarannya kepada semua, hargai lah ibu bapa selagi mereka masih ada kerana ibu bapa tidak selamanya milik kita dan pasti akan kembali kepada Pencipta-Nya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Azzarina
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

