Artis / Selebriti
” Lembut je arwah dengan anak-anak kecil. Humble sangat orangnya.. ” – Komen Netizen
Video throwback arwah Jalil Hamid menyantuni peminat-peminat kecil yang datang beraya di rumahnya buat warganet tersentuh. Baik sungguh cara arwah Jalil melayan kanak-kanak, soft spoken. Mesti ‘cucu-cucu’ ni rindu dengan Atok Jalil..
Satu demi satu video arwah Jalil Hamid dikongsikan oleh ramai individu di media sosial setelah pemergiannya. Tidak hanya baik terhadap ahli keluarga dan rakan artis, tetapi figura hebat ini juga sangat disenangi oleh para peminatnya yang terdiri dari pelbagai lapisan umur.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Suhanaithnin, telah dikongsikan satu video throwback yang memaparkan gelagat Jalil semasa beraya di Johor ketika Aidilfitri yang lalu. Ramai kanak-kanak yang datang ke rumah Jalil untuk beraya dan moment ini sempat dirakamkan.
Jalil sangat mesra dan melayani anak-anak kecil ini dengan senda gurauan. Ketika ditanyakan sama ada kanak-kanak ini kenal siapa dirinya, salah seorangnya mengatakan dia adalah Jalil Hamid. Kedengaran satu suara dari arah belakang bertanya lagu yang Atok Jalil nyanyikan.

Lagu Ayam memang melekat di fikiran anak-anak kecil ini. Tergelak semua mendengar jawapan kanak-kanak itu. Layanan Jalil terhadap kanak-kanak ini mengusik hati warganet. Baik sahaja tutur kata Jalil sambil menghulurkan satu plastik jajan kepada mereka.
Jom tonton video di bawah :
@suhanaithnin Kenangan anak2 buah beraya dirumah Allahyarham jalil hamid, sangat2 humble. Semoga Allah menempatkan mu dikalangan orang2 yg beriman 🤲 #kenangan #jalilhamid
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :
” Arwah Ayah sgt baik suka tgok lakonan dia dari kecik semoga arwah Ayah ditempatkan dikalangan yg beriman.. “
” Ala sedih lagi. Harini nangis je dari pagi tadi.. scroll video arwah, terasanya kehilangan seorang ayah.. ikhlas sgt menyantuni peminat-peminat.. “
” Ini difelda cahaya baru depan rumah nya sek tadika kemas dulu saya 6tahun(1983) SEK situ pergi balik ikut tepi rumah nya jln shortcut Alfatihah atok jalil.. “
” Baiknya arwah.. terasa kehilangan.. membesar ngn lakonan dan nyanyian.. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang² yg beriman.. “
” Memang salute atuk2 yg jenis melayan je budak2. Bukan jenis garang, side eye tak bertempat.. Kalau budak2 suka, bermakna orang itu hatinya mulia.. “
” Kite kehilangan insan seni yg berbakat serta humble org nya. rindu dgn cara “abah”. Al-Fatihah buat arwah abah Jalil Hamid.. “
” Lembut je arwah dgn anak anak kecil. Humble sangat orangnya.. beliau pasti akan dirindui orang yang pernah disantuni. salam takziah buat waris dan keluarga.. “
Betapa mulianya sikap Jalil yang merendah diri dan melayani peminat kecil dengan penuh kelembutan. Pastinya anak-anak ini akan merindui layanan atok Jalil yang tidak mungkin kembali lagi. Semoga arwah Jalil Hamid tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Suhanaithnin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

