Artis / Selebriti
” Ika cuba sedaya jiwa walaupun Ika tahu hakikatnya ayah dah tak ada.. ” – Afiqah Jalil
Perkongsian anak Arwah Jalil Hamid, Afiqah Jalil detik akhir ketika membuat CPR kepada arwah Jalil Hamid yang tidak sedarkan diri buat warganet sebak. Tak dapat bayangkan perasaan Afiqah masa itu, sedih betul..
Sehari selepas pemergian arwah Jalil Hamid, kesedihan masih lagi menebal dalam diri ahli keluarga arwah terutamanya terhadap anak perempuan Jalil, Afiqah Jalil. Saat akhir ayahnya disedari tidak sedarkan diri, Afiqah antara yang berada di sisi ayahnya itu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Afiqah Jalil, telah dikongsikan satu video kenangan Afiqah bersama Jalil. Di samping itu, Afiqah menceritakan di ruang kapsyen situasi ketika Afiqah cuba membantu ayahnya dengan melakukan bantuan pernafasan (CPR) .
Sambung Afiqah, dirinya merasa tidak kuat pada waktu itu, namun mengenangkan harapan ibu yang mengharapkan Afiqah, Afiqah gagahkan jua. Perasaan bercampur baur dirasai oleh Afiqah kerana pada waktu itu, Afiqah tahu ayahnya telah pun tiada.

Afiqah turut berkongsi mengenai perbualannya bersama ayahnya sehari sebelum Jalil kembali ke rahmatullah. Kata Jalil, dia menyimpan hasrat ingin membeli tanah dan membuat sebuah rumah yang jauh dari kesibukan. Rupa-rupanya rumah yang Jalil maksudkan adalah rumah abadinya sekarang.
Jom tonton video di bawah :
@koolfmmy Sehari sebelum menghembuskan nafas terakhir, Allahyarham Jalil Hamid sempat meluahkan hasrat kepada anaknya untuk memiliki kediaman baharu yang jauh dari kesibukan. Kehilangan ini amat dirasai, apatah lagi beliau sudah lebih 40 tahun mencurahkan bakti dalam dunia seni. Dikenali sebagai artis serba boleh, Allahyarham bukan sahaja mencuit hati menerusi komedi, malah berjaya menyentuh jiwa peminat melalui lakonan dalam filem dan drama. Al-Fatihah. 🤍 #MalaysiaDahKool
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Sakitnya bila hilang orang yang kita sayang and kita masih tak puas lagi nak create more memories. Al fatihah to arwah ayah and takziah to the families.. “
” Alfatihah ayah.. semoga kuat bahumu wahai Afiqahku..semoga Allah bagi kekuatan pada iqa untuk menghadapi hari mendatang tanpa ayah… hugsss.. iqa kuat.. “
” Kuat ye pikah.. kuat utk abg n ibu.. Al Fatihah lagenda kite.. Salam takziah ,moga arwah ditempatkan dikalangan org2 yang beriman.. “
” Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 org2 yg beriman dan beramal soleh. Aamiinnn…Salam takziah.. “
” Alahaiiii..saya pulak yg menangis.. Salam takziah buat keluarga. Moga rohnya dicucuri rahmat Allah S.W.T Aamin.. “
” Al-fatiha Baru kelmarin sy tgk telemovie ayah berlakon.. Terima kasih ayah kerana menceriakan dunia hiburan kita. ayah pegang watak apa2 pun semuanya menjadi wataknya.. “
” Al-fatihah bt arwah,. Semoga afiqah dan keluarga tabah dgn ujian ini. Moga rohnya ditempatkan dikalangan org beriman aamiin.. “
Detik akhir Afiqah bersama ayah yang tidak mungkin dapat dilupakan selamanya. Arwah Jalil telah pun berada di rumah barunya yang tenang dan jauh dari kesibukan sebagaimana yang dimahukan. Semoga Afiqah menjaga amanat yang ditinggalkan oleh ayahnya dengan baik dan terus kuat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Afiqahjalil, Tiktok Koolfm
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti1 day ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

