Artis / Selebriti
” Sedih tengok betapa Ammar cuba menjaga hati abahnya tu. Tinggi budi pekerti Ammar ni.. ” – Komen Netizen
Video Ammar Ahyan memohon maaf kepada Dato’ Aliff Syukri ketika live buat ramai tersentuh. Sedih tengok Ammar salam dan cium Papa. Sebak bila dengar Papa nangis, mesti tersentuh hati ada anak sebaik Ammar..
Usahawan terkenal, Dato’ Aliff Syukri antara yang paling aktif membuat siaran langsung di Tiktok. Tidak hanya Dato’ Aliff, tetapi juga semua pembantu rumah dan anak-anaknya turut menjadi live host di akaun Tiktok Dato’ Aliff dan Datin Shahida. Jualan team Dato’ Aliff juga bukan biasa-biasa dan memberangsangkan.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok cen_cen76, telah dikongsikan satu video yang memaparkan kejadian yang terjadi ketika live Dato’ Aliff beberapa hari yang lepas. Ammar sudah ingin mengakhiri sesi live untuk berehat dan Dato’ Aliff pula menyambung live tersebut.
Sebelum keluar dari live, Ammar menghulurkan tangannya kepada Dato’ Aliff dan memohon kemaafan atas ketelanjurannya menghantar pesanan yang tidak sepatutnya. Reaksi wajah Dato’ Aliff yang serius dan kelihatan seakan marah jelas terpancar.

Ammar tidak mempedulikan amarah abahnya itu dan terus menarik tangan Dato’ Aliff dan mengucupnya. Ammar juga memeluk dan mencium pipi Dato’ Aliff. Seketika selepas itu, Dato’ Aliff pula kelihatan sebak dan kedengaran suaranya menangis.
Jom tonton video di bawah :
@cen_cen76 #ammarahyan #dherbsterlajaklaris #aliffsyukriterlajaklaris #terlajaklaris #ammaryanlive #fypage #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ゚viral #fy #fyp #fyppp
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Amar macam mama dia jugak. sabar melayan kerenah abah.. sejuk perut dapat anak macam ni.. dia minta maaf tu siap cium pipi lagi.. “
” Dia yang marah pastu dia pulak nangis.. biasanya mak mak je yang macam tu.. jarang bapak nak nangis ni.. betul lah kata datin, dato makin tua makin sensitif.. “
” Malam tadi part ammar salam tu je aku dah nangis , ehh pagi ni lalu pulak . Nangis lagi.. baik sangat ammayan tu.. “
” Saya masuk masa tu diaorang dah ada komen ammayan ada salah cakap kat papa . Pastu dengar ammayan dah sok sek sok sek je.. cuma kagum ammayan penyabar betul kena marah dalam live pun dia still stay lagi . Kalau orang lain dah blah je tu.. “
” Dah kenapa pulak aku yang nangis.. siapa potong bawang noh.. muka amaryan mcm nk nagis ja.. anak soleh aminnn ya mujib.. moga ank saya pun jadi mcm ni anak soleh aminnn ya mujib.. “
” Papa sebak sebab ammayan anak yg baik.. Aku dengo papa nangis br nk sedih.. sekali bibik ckp mcm tu terus x jd sedih.. bibik gosip depan-depan tu tak tahannya.. “
” Bagus Ammar minta maaf tarik tangan Dato’ aliff shukri terus cium pipi papa.. sedih tengok betapa sulung cuba menjaga hati abahnya tu.. tinggi budi pekerti Ammar ni.. “
Dalam ketegasan Dato’ Aliff mendidik Ammar, kasih sayangnya terhadap Ammar juga tinggi menggunung. Anak harapan yang diharapkan untuk meneruskan legasi yang dibina dengan susah payah. Terima kasih Ammar kerana menunjukkan contoh yang baik. Apa-apa pun yang jadi, mohonlah kemaafan ibu bapa kerana itu keberkatan dalam hidup.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok cen_cen76
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

