Artis / Selebriti
” Rumah macam dalam video omputih. Shantikkk sangat ni.. ” – Komen Netizen
Video house tour rumah Nabil Ahmad dan Zira Ayub buat ramai kagum dan terpesona. Wah, besar betul rumah Nabil. Interior design dan decoration pun cantik. Terpegun tengok..
Meninjau ke akaun Instagram Zira Ayub iaitu isteri kepada pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad, perkongsian sebuah video yang memaparkan kediaman milik mereka telah meraih perhatian ramai. Video ini merupakan house tour sudut dalaman rumah mereka.
Rumah yang dibina dengan cita rasa mewah ini memukau dengan reka bentuk berkonsepkan English, menampilkan gabungan elemen klasik dan moden yang penuh elegan. Rumah ini cukup tenang kerana dikelilingi dengan tumbuhan kehijauan.
Bahagian dalam rumah juga nampak eksklusif walaupun ringkas dengan perabot berwarna lembut, pencahayaan hangat, serta dekorasi yang minima. Ruang tamu, ruang makan, dan bilik-biliknya terasa luas, selesa, dan mempesonakan.

Tidak ketinggalan, laman rumah Nabil yang luas memberi ruang untuk pelbagai aktiviti keluarga. Rumput hijau yang terjaga rapi, pohon-pohon rendang, dan sudut santai di ruangan dalam rumah menambah lagi aura ketenangan. Laman ini juga sesuai dijadikan tempat mengadakan majlis santai bersama keluarga dan rakan-rakan.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji keindahan rumah pasangan ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Rumah u mcm video2 omputih slalo fyp dkt reels.. Kami tak dapat tidur bilik pun xpe.. Kami datang bawa toto ngan bantal siap2 eh… Shantikkkkk sangat ni.. “
” Big land, big windows, fresh air flowing through the kitchen. Living room’s wide open, with warm wood furniture and pops of bright fabric. Marble counters and cabinets? Perfect match.I’m in love with everything.. “
” Cantik, lapang, luas, tenang, mendamaikan. Hidup subur pokok tepi glass window instagramable tue. Hahahaa. Natural light, spacious, practicality, simplicity but yet aesthetic.. “
” Bagi ku .. suara2 itulah yg menceriakan suasana moga bahagia rumahtangga Pengacara kesayangan saya n keluarga tercinta btw memang sangat cantik rumah u alls.. “
” Impian suasana rumah yg aman damai. Terbayang. .Klau kumpul sedara mara yang ramai…memang best ramai².. environment ni yg besttttt..tenang setenang nyaaaaa.. “
” Ok jap saya nk sampai sana dah. Lapang tenang jer rumah. Bila suami nak yang terbaik utk keluarganya .. Masyaallah cantik…. Best menghirup udara segar.. “
” Cantek sgt … Architect yg hebat. Home deco must be Zira kan .. Ada background suara nabil Membebel. Alhamdulillah dpt tgk .. lovely .. cantikk.. “
Kediaman ini jelas mencerminkan pencapaian dan usaha keras Nabil Ahmad dalam kerjaya seninya. Selain menjadi tempat berteduh, rumah ini juga menjadi simbol cita rasa tinggi dan kecintaan beliau terhadap seni bina yang indah dan mempersonakan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Zira Ayub
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti3 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mantap, tak padan dengan kecil. In character betul, seram pun ada tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Wow, Raudhah speaking bunyi slang British… ” – Komen Netizen

