Artis / Selebriti
” Ini adalah model terbaru kita, nama dia Sella Sastillah.. ” – Syed Saddiq
Video YB Syed Saddiq mengusik Bella Astillah ketika sesi fotografi buat ramai terhibur. Dah macam pengulas sukan pula YB ni, cakap tak berhenti. Setiap yang Bella gayakan YB ulas. Macam luahan isi hati pun ada. Kelakar juga YB ni rupa-rupanya, hehe..
Meninjau ke akaun Instagram Bass Content, perkongsian dua buah video yang memaparkan Bella Astillah sedang menjalani sesi fotografi telah meraih perhatian ramai. Bella memakai baju tradisional kaum cina sambil memegang kipas tangan.
Apa yang membuatkan ramai terhibur apabila mendengar suara latar YB Syed Saddiq ketika Bella sibuk bergambar. Syed Saddiq seolah-olah menjadi seperti seorang pengulas sambil menceritakan reaksi Bella ketika sedang menjalani sesi fotografi tersebut.
Apa sahaja yang digayakan oleh Bella disebut oleh Syed Saddiq seperti mimik wajahnya dan juga pergerakannya. Tak sangka Syed Saddiq seorang yang kelakar walaupun selalu berpenampilan serius. Ternyata Syed Saddiq mempunyai sisi humor.

Perkongsian video -video ini telah menerima lebih satu ribu dan dua ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Bella juga dilihat menahan rasa geli hati apabila mendengar usikan Syed Saddiq terhadap dirinya.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang terhibur mendengar kata-kata YB Syed Saddiq. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Yb dengan bella je dia boleh nakal gurau2 manja kasar .. seronok tengok sisi yb yg jarang kami lihat ni. Dengan bella je nampak hehe.. “
” Astagaaaa..ybbbbb…igtkan jack sorang boleh masuk air..yb pun yerrr.selalu dengar jack ulas pasal yb..Ni another level yb ulas pasal buah hati .. “
” Kita xsempat tgok live tq teambass post kan hari ni yb hyper bgini ka org penangan yg tenga jatuh cinta… xpndii diam mulut nya ba.. “
” Amboi YB puji buah hati tersayang dia .dah la .baik cantik..pandai.peramah..bising YB ingatkan Jack je..Adohai anak buah dgn PakSu. Jack.Sama MSK air. . “
” Semoga Allah SWT melindungi yb syed saddiq dan dayang ara nabellah@bella dari penyakit ain, hasad dengki, khianat, fitnah dan segala kejahatan samada nampak atau tidak… Aamiin… “
” Tak fokus tgk Bella fokus dengar suara yb kemain puji buah hati .. Ulasan meluahkan apa yg terpendam di hati ke tu YB.. “
” Aku tak dpt focus lah tengok Bella,.asik dengar suara yb je tak reti diam hahaha .. Terhibur nya tgk live ni smlm…aduiii yb buat kita ketawa jer.. “
Bagi peminat, apa jua perkembangan antara YB Syed Saddiq dan Bella Astillah pastinya dinantikan, sama ada sebagai sahabat rapat atau mungkin lebih daripada itu. Yang pasti, kedua-duanya terus menjadi perhatian ramai, bukan sahaja kerana kerjaya masing-masing, tetapi juga kerana kisah peribadi yang mencetuskan rasa ingin tahu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Basscontent
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

