Artis / Selebriti
” Power main chord progressive. Soothing suaranya, rasa tenang untuk didengar.. ” – Komen Netizen
Video anak sulung Shuib Sepahtu, Uwais Al Qarni menyanyikan lagu Rahsia Tuhan versi akustik buat ramai cair. Fuh sedap sungguh suara Uwais ni. Main gitar pun padu, memang talented sangat..
Hari demi hari, bakat yang ada dalam diri anak sulung Shuib Sepahtu dan arwah Siti Sarah Raissuddin, Uwais Al-Qarni semakin menyerlah. Jika dahulu Uwais lebih fokus kepada sukan golf, kini banyak video yang memaparkan Uwais mempamerkan bakat nyanyiannya dikongsikan pula.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Shuib Sepahtu, telah dimuatnaik satu video terbaru Uwais. Kali ini Uwais menyanyi lagu dendangan asal Noh Salleh berjudul Rahsia Tuhan. Kehebatan Uwais bermain gitar mengagumkan dan ramai yang memuji smooth sahaja petikan gitarnya.
Suara Uwais yang sudah dewasa itu tidak dinafikan sedap dan ada lunak merdunya. Pada awal video Shuib meminta Uwais menyanyi dan Uwais menuruti sahaja permintaan daddynya itu. Tulis Shuib di ruangan kapsyen mengatakan Uwais malu-malu tetapi tetap mahu menyanyi.

Ramai yang terpesona dan terhibur mendengar suara Uwais itu. Bak kata pepatah, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Darah seni memang mengalir dalam badan Uwais. Ramai juga yang menyamakan Uwais seperti Aizat Amdan ketika dulu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 9000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Suara Dia sesuatu.. ada barang la uwais ni.. suara sedap betul berbakat.. cord yang dia tekan pun bukan cord basic.. cuma tune guitar tu setting dulu. hehehe terbaik.. “
” Kecik kecik dah power main chord progressive. soothing suaranya, rasa tenang untuk didengar.. Ttmm 2 la ni, ok on wais nama fc dah ada.. “
” Uwais makin besar makin handsome dan banyak bakat yang ada.. Chill song cam nie match betul suaranya… boleh polish lagi.. “
” Sedap lemak merdu suara Uwais.. uwais, you got talent.. serious boleh pergi jauh lagi ni.. sedap suara Uwais.. “
” Masyaa Allah TabarakAllah such a soothing voice… sungguh menyenagkan bila dengar suara Uwais.. baru masuk part ‘ hanya’, acik dah cair dengar suara Uwais.. “
” Bestnya suara Uwais.. Rahsia Tuhan by Uwais Al Qarni.. malu sangat tuannya tapi suara bagus.. dik, awak tak kosong dik.. “
” Terbaikkk , nyanyi sedap siap main guitar .. suara uwais Lagu galau2 sedap nie. lahai sedap mendayu dayu suaranya.. “
Uwais ada auranya yang membuatkan warganet boleh menonton video nyanyian Uwais sampai ke pengakhirnya. Jangan disia-siakan bakat yang Allah kurniakan kepada Uwais. Teruskan latihan dan gilap bakat yang ada supaya Uwais menjadi seorang penyanyi yang hebat suatu hari nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shuib Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

