Artis / Selebriti
” Power betul Rina rap, macam lagu dia pulak dia buat eh. Syok dengar.. ” – Komen Netizen
Video Persembahan Opening Rina Nose Dan Nabil Ahmad Di The Hardest Singing Show Separuh Akhir Raih Pujian Ramai. Fuh Power Lah Rap Rina, Edry Pun Bagi Markah 10/10. Memang Versatile Sangat Rina Ni !!
The Hardest Singing Show telah pun memasuki minggu separuh akhir semalam. Seperti biasa, opening show pastinya akan disempurnakan dengan persembahan oleh hostnya, Rina Nose dan Nabil Ahmad. Minggu ini dengan tema Luar Limitasi, Rina dan Nabil diberikan tugasan untuk menyanyi lagu rap.
Menerusi akaun Tiktok Media Hiburan dan Sooka, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan persembahan pembukaan tersebut. Nabil beraksi cemerlang pada minggu ini dan nyanyiannya juga baik serta mendapat pujian daripada ramai.
Rina pula masih mengekalkan momentumnya dan persembahan padu seperti minggu-minggu terdahulu. Nyanyian rap Rina paling mendapat perhatian. Usaha Rina untuk menghiburkan semua dipuji dan disifatkan oleh warganet sebagai seorang penghibur.

Kelincahan Rina dan bakat nyanyian yang ada padanya juga digunakan dengan sebaik mungkin. Suara Rina sememangnya merdu dan sedap didengar. Irama tradisional, balada dan rock semua Rina ‘sapu bersih’. Super talented Rina, berbaloi Astro membawa Rina ‘terbang’ sebagai pengacara THSS.
Jom tonton video di bawah :
@mediahiburanofficial Onz betul opening The Hardest Singing Show Semi Final! Macam biasa Rina Nose all out nyanyi lagu karya kita. Memang love! Edry Abd Halim kata opening malam ni 10/10. Confirm lolos masuk final #MHnews #MediaHiburan #FYP
Sehingga kini, lebih 20 ribu tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian tersebut. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Memang terbaik lah rina nose. memang suka tengok dia dari dulu. ini baru pakej… mengacara, melawak, menyanyi.. talented Nabil dan Rina. Tahniah.. ”
” Rina ni multitalented betul. Rina buat semua menjadi.. Suara Rina rap macam Zizi Kirana. Terbaik lah Rina Nose.. ”
” Fuyoo goo Rina Nose. Hebat Rina Nose, syok dengar Rina rap. Memang boom lah Rina dengan Nabil. dorang dah juara ni hehe.. ”
” Rina Nose ni talented betul, lobe sangat dekat dia ni. Macam lagu dia pulak dia buat eyh.. hebat rina ni.. ”
” Mantul Rina Nose, serba boleh.. Macam dorang yang bertanding ni haha.. smart woo combination Rina dan Nabil.. ”
” Pergh lagu rap duet Nabil dan Rina Nose pleaseee.. superb g1la pergh.. Rina serius terbaiklah semua boleh.. ”
” Power betul Rina rap.. rina ni ko bg jela ape pon mmg dia bole buat. serba boleh dia ni.. minat dia dari ovj lagi… kelakar pon kelakar.. nyanyi sedap.. ”
Ini baru lah definisi penghibur sebenar, bukan hanya boleh mengacara tetapi juga boleh menyanyi, menari dan melawak juga. Terbaik persembahan Rina dan Nabil kali ini. Mungkin persembahan minggu hadapan untuk final The Hardest Singing Show akan lebih gempak, sama-sama kita nantikan.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Media Hiburan, Tiktok Sooka
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


