Artis / Selebriti
” Mak ai rumah dusun, bapak luas. Dari luar pun dah cantik, masuk dalam lagi wow.. ” – Komen Netizen
Video Pak Azad dan Radin Era ke rumah dusun Nabil Ahmad di Raub buat ramai terpegun. Fuh dari jauh dah nampak gah rumah Nabil. Bukan setakat cantik, tapi luas dan besar betul. Rekaan dalamannya lagi wow..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Era, telah dikongsikan beberapa buah posting yang memaparkan team 3 Pagi Era, Pak Azad dan Radin Era berkunjung ke rumah dusun rakan sekerja mereka, Nabil Ahmad yang terletak di sebuah kawasan di daerah Raub.
Rumah dusun yang dibina oleh Nabil ini adalah pelaburan yang berbaloi untuk Nabil sekeluarga. Suasana kampung dan hutan yang tenang, dipenuhi pokok-pokok menghijau menenangkan sesiapa sahaja yang melihatnya. Perjalanan Pak Azad dan Radin mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit untuk sampai ke rumah Nabil.
Ketika mereka sampai di kawasan parking kereta, lensa kamera diarahkan ke rumah Nabil yang tersergam indah. Nama sahaja rumah dusun tetapi besar dan luasnya seakan-akan villa mewah. Dari luar sudah terlihat cantik dan menarik rumah dusun milik Nabil itu.

Melihat rekaan dalaman rumah ini semakin membuatkan Pak Azad dan Radin teruja. Sangat besar dan ianya dihiasi dengan dekorasi yang simple tetapi elegant. Terdapat bukit, pokok-pokok buah durian dan kolam ikan di belakang rumah dusun Nabil. Pak Azad sehinggakan terfikir untuk membuat cable car di situ.
Jom tonton video di bawah :
@era.je Sampai tersesat-sesatlah carik rumah Nabil ni, mengamuk Pak Azad takut kereta dia rosak. 😂 #sharERA #3PAGIERA #fyp
@era.je Cantiknya rumah dusun Nabil kat Raub ni. Sampai-sampai je Nabil dah suruh Pak Azad dengan Radin tukar baju sebab nak buat kerja tukang. Lori simen pun dah sampai dah tu. 😂 #sharERA #3PAGIERA #fyp
@era.je Adoiii, random betullah eh Pak Azad ni. Dia nak buat cable car kat rumah Nabil ni sebab belakang rumah Nabil ni ada bukit. 😂 #sharERA #3PAGIERA #fyp
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Besar weh tanah nabil.. nabil ni ikon contoh berjaya…. walauppn x berjaya dlm pelajaran.. tp pandai memcorak kehidupan. syabas nabil.. “
” Besor nye rumah Nabil rezeki dia dan keluarga. sure rumah mcm ni juta-juta.. rezeki Allah bagi pada Nabil.. Rumah kebun ko dh mcm rumah contoh developer bil.. “
” Nabil, rumah dah macam dewan. Luas gila rumah, puas hati betul. Penat nak mengemas ni. bijak nabil buat investment untuk hari tua.. “
” Cantik dan besar rumah kebun Nabil. suka tengok, bijak bijak.. suasana tenang.. dari luar pun dah cantik dan besar alam rumah Nabil, masuk dalam lagi wow.. “
” Mak ai rumah kebun, bapak luas.. Cantiknya rumah Nabil. Besar tu memang wow sangat.. Alhamdulillah tumpang bangga artis kita sekarang kayaraya dan bijak.. “
” Camni dia panggil rumah kebun? Bapak lawa, besar, luas lagi lamannya. Alhamdulillah. Tahniah Nabil n famili. Projek utk usia bersara mantap . Keep strong n sihat selalu . Moga dlm lindungan Allah swt.. “
” Luas betul rumah Nabil ni, ala-ala vila mewah. Main sembunyi-sembunyi memang tak jumpa ni. cantik rumah dan view rumah Nabil.. “
Rezeki Nabil dapat memiliki rumah dusun seluas dan seindah ini. Ramai yang memasang impian untuk ada rumah seperti Nabil. Suasana yang tenang dan mendamaikan serta jauh dari hiruk pikuk kota. Buat geng 3 Pagi Era, selamat menikmati percutian singkat di rumah dusun Nabil.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

