Artis / Selebriti
” Part Rina cakap ‘Rina tolom, Rina tolom’ tu paling comel, haha.. ” – Komen Netizen
Video Rina membantu ommanya, Maryam You Narae memakai skincare buat ramai terhibur. Sekali berlemuih Rina tepek moisturizer dekat muka Omma. Adui lah Rina, haha..
Bagi yang mengikuti pempengaruh media sosial, Maryam You Narae dan Ryzal Ibrahim pasti akan menyukai setiap perkongsian video oleh pasangan ini mengenai anak sulung mereka iaitu Rina. Video telatah comel Rina yang dikongsikan di media sosial sering menerima pujian ramai.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Maryam, telah dikongsikan video yang memaparkan Maryam sedang mempromosikan satu produk. Paling menarik, menerusi video itu, Rina juga turut ada bersama-sama mempromosikan produk tersebut.
Sekali lagi video telatah Rina ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang mengatakan sangat suka melihat gelagat Rina kerana walaupun masih kecil, Rina pandai berlakon. Bukan itu sahaja, telatah Rina menyakat Maryam juga mengundang tawa ramai.

Sehingga kini video Rina dan Maryam itu telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis. Alahai, comel sungguh Rina memakai jubah dan bertudung putih seperti itu. Sedondon pula anak beranak ini berpakaian.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan terhibur melihat telatah Rina. Antara komen-komen menarik adalah :
” Part Rina cakap ‘ Rina tolom, Rina tolom’ tu paling comel, haha.. Geram betul aku dgn bdk Sarang-hae ni.. Bijak la sngt.. Bwk sini pinjam sejap.. “
” Cerdik la Rina ni.. Pandai dia berlakon.. Kecil2 dah pandai jadi influencer.. Nanti besar mesti macam omma dia, pandai buat video.. “
” Pandai dia buang sudu lps tu cedok ngn tgn..skli cedok nohhh setepek muka Omma.. Sekali kita yang tengok pun ketawa, haha.. “
” Ya Allah Rina dh besar cepatnya masa laa cerdik sangat ni.. Dah boleh tolong omma buat review.. Eeee geramnyaaa tengok, comel lah Rina.. “
” Mak dengan anak dua2 kelakar.. Rina nakal yer, kuat menyakat omma. Dua2 comel sangat.. Rina dah macam hajjah lah, haha.. “
” Macam ayah dia betul lah Rina ni, kuat menyakat Maryam.. Hahhaa.. Comel tengok Rina pakai tudung mcm ni, dah mcm Hana versi kartun.. “
” Comel sangat ni masalahnya.. Rina memang anak yang cerdik.. Kecil-kecil dah pandai berlakon pula tu, hehe.. Terhibur sangat.. “
Tak kering gusi menonton video mengenai Rina, ada sahaja telatahnya sangat mencuit hati. Rina bukan sahaja memiliki wajah yang comel, Rina juga pandai mengusai beberapa bahasa. Semoga Rina terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik buat kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG maryamyunrr
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

