Artis / Selebriti
” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
Datin Shahida kongsi video sedutan drama pendek lakonan Hadie Elfardie dan anaknya, Qadejah. Wah pandai betul Hadie berlakon, tak kayu langsung. Ngam pula Hadie dan Qadejah ni. Part last tu sweet sangat dengar kata-kata Hadie untuk Qadejah..
Selepas tamatnya Talk To My Manager, satu demi satu tawaran diterima oleh anak sulung Ina Naim dan arwah Suhaimi Saad, Hadie Elfardie. Show pertama Hadie adalah jemputan di majlis Dato’ Aliff Syukri dan kali ini, Dato’ Aliff dan Datin Shahida kembali bekerjasama bersama Hadie untuk salah satu produk mereka.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Datin Shahida, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan drama pendek lakonan Hadie dan anak perempuan Datin Shahida, Qadejah. Mereka bergandingan untuk mempromosikan Sugeh Resort Janda Baik.
Kata Datin Shahida, seronok melihat Hadie dan Qadejah membuat content bersama kerana kedua-duanya sama-sama masuk air dan ngam apabila berlakon bersama. Warganet juga memuji lakonan Hadie selepas menonton video ini. Hadie ada bakat lakonan yang boleh digilap.

Ramai yang menyukai gandingan Hadie dan Qadejah ini dan menggelarkan mereka sebagai HaDejah. Part sketsa Hadie bertanyakan kepada Qadejah seronok atau tidak menjadi anak orang kaya itu menghiburkan warganet. Ada moment yang sweet dan ada kelakar dalam lakonan mereka.
Jom tonton video di bawah :
Lebih 29 ribu tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik setakat ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Boleh dah tu Datin book utk jadi menantu.. hehe, saya sokong.. suara merdu.. Betul tu sesuai sangat.. orang nya lemah lembut aja.. nampak tenang je hadie bila berkata kata.. nampak sopan.. sepadan lah dengan cess.. “
” Dah boleh buat hashtag #HaDeeja ke ni? Approved hadi jadi menantu dato sebab dia pandai jaga mak dia. Dah nmpk mcm remaja dlm In-Team & Solehah.. “
” Wow mantap lakonan Hadie.. the way dia panggil qadejah not cess. alolo sweet.. nk lagiii collab Hadie Qadejah.. “
” Hadie tak kaku berlakon lah.. ada bakat.. ini ke drama yang kami intai ikut semak-semak semalam haha.. ngam pulak tengok hadie dengan cess ni.. “
” Peti ais pun baru beli, adui kelakar lah hadie ni. ayat dia random betul.. hadie Ade bakat berlakon lah.. tak nampak kaku ,suara macho.. “
” Kau cakap apani qadejah.. sweet je korang.. wahhh hadie nampk natural blakon. best tgk . buat drama byk2 datin.. handsome lah hadie ni tapi kelakar lah tengok.. “
” Rasa macam ngam ke kan, suka pulak tengok hadie dengan qadejah ni.. pandai la hadie berlakon, macho gitu. okey ni comel. nampak lebih sejuk mata memandang.. “
Seronok pula menonton lakonan Hadie dan Qadejah itu, nampak natural dan tidak kekok. Boleh menyanyi dan boleh berlakon, Hadie ada pakej yang boleh menaikkan lagi nama Hadie dalam industri. Semoga Hadir terus berjaya dan mencapai impiannya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Datin Shahida
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

