Artis / Selebriti
” Pada tarikh anniversary, dia berada di Tanah Suci semula. Rasa sebak tengok video Fattah ni.. ” – Komen Netizen
Muatnaik video pakai ihram menuju ke hadapan Kaabah, perkongsian terbaru oleh Fattah Amin menyentuh hati ramai. Semoga Allah makbulkan doa Fattah..
Beberapa hari lalu, pelakon Fattah Amin telah memuatnaik gambar bersama keluarganya di lapangan terbang. Tulis Fattah di ruang kapsyen mengatakan yang dirinya dan keluarga yang terdiri daripada ibu, bapa dan adik-adiknya akan berangkat ke tanah suci untuk menunaikan ibadah umrah.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok Fattah, telah dikongsikan video yang memaparkan Fattah kini sudah berada di Tanah Suci. Menerusi video itu, dapat dilihat Fattah yang mengenakan kain ihram sedang berjalan menuju ke arah Kaabah.
Tulis Fattah buat semua, Fattah mendoakan semoga yang melihat postingnya ini suatu hari nanti akan dapat menjejak kaki ke Tanah Suci seperti dirinya. Perkongsian terbaru oleh Fattah tersebut sekali lagi telah menarik perhatian warganet.

Ramai yang turut mendoakan semoga segala doa Fattah di hadapan Kaabah akan dimakbulkan oleh Allah dan berharap segala urusan Fattah akan dipermudahkan. Difahamkan video ini dirakam ketika tarikh anniversary perkahwinannya terdahulu bersama Nur Fazura iaitu tanggal 27 November. Untuk rekod, pasangan ini telah bercerai dengan talak satu.
Tonton video di bawah ini (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@fattahamin Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Saya doakan anda semua juga Insha Allah di jemput ke tanah suci ini..tanah yang barakah. 🤲🏻✨
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video terbaru Fattah ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Rasa sebak pula tengok video Fattah ni, tak tahu kenapa.. Semoga segala doa yang dipohon Fattah akan dimakbulkan Allah.. “
” Semoga Fattah kuat. Dia pasti rindu seseorg, pd tarikh Anniversary, dia berada di tanah suci semula, tempat mereka bersama2 7-8thn yg lalu.. “
” Di sinilh tmpt trbaik utk mencurah segala yg ada dlm hati..Wlau tak dpt jawapan on the spot namun Allaah akn ttp beri jawapn.. Tenanglah Fattah.. “
” Dlm hati dia mesti sedih teringatkan seseorang. Who knows.. Semoga segala urusan Fattah mengerjakan ibadah umrah dipermudahkan.. “
” Pada hari anniversary.. Alhamdulillah Fattah dijemput sampai ke tempat paling tenang. Semoga segala hajat dan doa yang baik dimakbulkan olehNya. Amin.. “
” Kepada Fattah Amin, berdoalah sebaik baiknya dan semoga Allah SWT makbulkan doa dan kurniakan hajatmu.. “
” Semoga Abg Fattah Amin mendapat umrah yg mabrur & di permudahkan segala urusan.. Doakan saya juga ya.. “
Tempat yang paling terindah di dunia dan jika sesiapa yang dapat menjejak kaki di bumi Mekah pastinya dapat merasa betapa tenangnya berada di sana. Semoga segala urusan Fattah menunaikan ibadah umrah sentiasa dipermudahkan dan mendapat umrah yang mabrur.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok fattahamin, IG fattahaminz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

