Artis / Selebriti
” Lulus dah nak jadi menantu orang Kelantan ni. Sebutan tu sedap dengar.. ” – Komen Netizen
Video Fattah Amin bermain teka teki perkataan dalam loghat Negeri Kelantan buat warganet terhibur. Wah pandai rupanya Fattah cakap Kelantan. Part perkataan yang last tu laju je Fattah jawab. Bak kata Fattah, senang tu, hehe..
Fattah Amin menjadi rakan niaga untuk syarikat kosmetik Rissa Skin dan berkolaborasi mengeluarkan produk kesihatan berupa minuman berasaskan kopi. Terdapat beberapa video yang dirakamkan antara Fattah dan pihak Rissa Skin bagi tujuan promosi produknya itu.
Meninjau entry di akaun Titkok Rissa Skin HQ, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Fattah bermain permainan teka teki perkataan dalam loghat Negeri Kelantan. Kedengan suara seorang wanita menyebut beberapa perkataan dalam loghat Negeri Kelantan dan Fattah perlu meneka apakah benda yang disebutkan itu.
Beberapa perkataan disoal kepada Fattah dan perkataan pertama adalah nyor. Perkataannya sama seperti loghat Perak yang membawa maksud kelapa. Perkataan kedua pula adalah ‘gorek’ dan Fattah tidak dapat menjawab dengan betul maksud perkataan itu.

2 perkataan terakhir iaitu ‘Moktey’ dan ‘pitih’ dapat dijawab dengan betul oleh Fattah. Laju sahaja Fattah menjawab duit ketika diajukan perkataan pitih itu. Perkataan ini memang selalu didengar dalam kebanyakan video geng Kelantan. Bukan orang Kelantan pun suka menyebut perkataan pitih.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@rissaskin_hq Nak bagi berapa markah utk Fattah Amin? 😍 Btw jangan lupa beli coffee #rissaskin #rissaskinxfattahamin sebab ada sebulan je lagi peluang utk dinner dgn Fattah!
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk semua :
” Handsome orang kelate cakap apa.. Semak jetaq itu lah Fattah Amin hahah.. bulat mata sebut ‘ hmmm’.. “
” Nyiur tu memang bahasa melayu standard, ada dlm kamus dewan. Cuma biasa la ikut dialek. Kelantan dia sebut nyor.. “
” Handsome lah Fattah ni.. Perak lah kita hehe. Mesti lah Fattah tahu.. dulu dia ada saing dengan ore kelate, hehe.. “
” Kacaknya lelaki ini.. bila idup sendiri makin macho seiring masa dan usia.. kenapa lah makin berseri-seri ni.. aduh jatuh cinta lah pulak.. “
” Boleh dah tu.. hebat lah bamtah.. lulus dah nak jadi menantu orang kelantan ni.. sebutan dia tu sedap dengar.. “
” Pitih laju je faham ye bamtah haha.. lulus jadi menantu mak saya ni.. pandai Fattah cakap Kelantan.. “
” Sedap dengar Fattah cakap loghat Kelantan. Takde bunyi pelat sangat, just nice. boleh lah cari jodoh orang kelantan nanti hehe.. “
Pujian harus dierikan kepada Fattah kerana walaupun ada perkataan yang Fattah tidak faham tetapi Fattah tetap mencuba untuk menjawabnya. Apa-apa pun, perkongsian ini hanya sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca semua terhibur.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Rissa Skin HQ
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

