Artis / Selebriti
” Nabil tanya ok tak duduk, ke nak baring, dekah aku. Best host as usual Nabil.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video tindakan pantas Nabil Ahmad ketika Sheila Abdull hampir pitam raih pujian ramai. Wah gentleman sungguh Nabil ni, laju je tolong. Part Nabil tanya Liza Aziz dan Ning Baizura tu kelakar. Sempat lagi melawak, haha..
Gegar Vaganza musim 11 telah pun memasuki minggu ketiga semalam dan satu penyingkiran telah pun terjadi. Nai Dinamik tidak dapat meneruskan perjuangannya dan hanya mampu bertahan selama 3 minggu sahaja. Liza Aziz pula kekal mengungguli carta mingguan.
Banyak moment yang terjadi ketika konsert GV11 semalam, antaranya insiden Sheila Abdull yang hampir pitam ketika segmen Ada Lagu Ada Lagi. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Sinar my, telah dikongsikan video yang memaparkan suasana ketika terjadinya kejadian itu.
Sheila sudah mula kelihatan tidak keruan dan wajahnya seakan menahan kesakitan ketika berdiri di pentas bersama rakan-rakan yang lain. Kegelisahan Shiela itu disedari oleh Ning Baizura yang berada di tepinya dan host GV, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Mereka segera memegang Sheila dan Nabil berlari mendapatkan kerusi supaya Sheila dapat duduk. Sudah namanya Nabil, tidak sah jika tidak diselitkan dengan lawak jenaka. Sempat lagi Nabil mengusik peserta-peserta lain dan bertanyakan sama ada mereka mahukan air atau makanan.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Beauty is pain sheila abdul.. Memang terbaik laa nabil ahmad. peka dengan keadaan sekeliling.. suka tengok nabil.. “
” Terbaik Nabil.. Gelagat nabil menghiburkan.. Peduli lah kalau ada yg ckp nabil takde adab, asyik menympuk juri cakap. Nabil tetap host gv terbaik.. “
” Semua atas pentas terbaik cuma yg berdekatan memainkan peranan.. membantu.. Nabil memang the best host, kelakar tengok Nabil.. “
” Nabil tanya ok x duduk? ke nak baring? dekah aku. best host as usual nabil.. sapa asik hate nabil jd host tu, sapa boleh replace nabil.. “
” Nabil ni tau org sakit pun dia melawak.. orang stress pun dia melawak.. good job nabil.. “
” Dia kan tak sihat.. kesian dia nasib baik x pitam.. Walaupun dia sakit tapi masih dia berdiri d pentas.. nabil main peranan betul, Ning gelak je tengok perangai nabil.. “
” Nabil dan jehan pandai memgawal situasi dari sesuatu yg tdk diingini. kak liza nk kerusi? Ada siapa2 lagi nak air, kerusi nak makan?? kelakar ah nabil.. “
Walaupun nampak seperti lawak tetapi Nabil membuktikan dia seorang host yang sangat prihatin terhadap semua peserta. Stress pun boleh hilang melihat jenaka spontan Nabil itu. Apa-apa pun, semoga Sheila cepat sembuh dan mengambil rehat secukupnya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinar, IG Media Hiburan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti23 hours ago Artis / Selebriti23 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
