Artis / Selebriti
” Merdu betul suara Hadie ni, kita yang dengar dia nyanyi pun rasa terbuai-buai.. ” – Komen Netizen
Video anak Ina Naim, Ehmad Hadie Elfardie menyanyi lagu Exist, Janji Padamu raih pujian ramai. Wah sedapnya suara Hadie. Part tinggi masa suara Hadie tak sampai tu Sallman pula yang cover. Lawak lah Sallman buat suara macam tu. Berdekah Daddy Khairul gelak, haha..
Meninjau di akaun TikTok milik nizarwatie, telah dikongsikan video live terbaru Ina Naim bersama suaminya, Khairul. Menerusi video itu, turut ada bersama menemani Ina dan Khairul adalah anak sulung Ina iaitu Ehmad Hadie Elfardie.
Menerusi video itu, Hadie sedang menyanyikan sebuah lagu bertajuk Janji Padamu, nyanyian asal oleh kumpulan Exist. Menurut Ina, pada mulanya anak-anaknya mahu menyanyi lagu Untukmu Ibu. Tapi anak kedua Ina yang bernama Sallman tidak bagi kerana risau ibunya akan meninggal.
Maka, Hadie memilih untuk menyanyi lagu Janji Padamu untuk tontonan para pengikut live ibunya. Ada bebarapa part tinggi suara Hadie tidak sampai untuk tarik. Kemudian terdengar suara Sallman menyambung menyanyi part itu dan sesekali terdengar Sallman sengaja membuat suara nyaring. Gelak sahaja Khairul mendengarnya.

Sallman sememangnya seorang yang pemalu dan tidak suka wajahnya direkod depan kamera. Selain itu, ada juga memuji sikap Khairul yang dikatakan begitu sporting dan serasi dengan anak-anak Ina. Sehingga kini, video Hadie dan Sallman menyanyi lagu Janji Padamu telah menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Tonton video di bawah ini (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@nizarwatie Replying to @faiqfalisha06 Kann. Mmg dari dulu diorang karaoke masa dgn Arwah .
♬ original sound – NizarWatie | Affiliate – Ladywatie | Affiliate
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sedapnya suara Hadie nyanyi lagu ni, meremang dengar.. Anak2 Ina semua suara sedap kan bila menyanyi, masyallah.. Anugerah Allah.. “
” Ayah baru dia amik mak amik skali anak2 nmpk bahagia.. Seronok tgk.. Ina bahagia, anak2 pun bahagia.. Alhamdulillah.. “
” Air mata menitis tak terasa.. Air mata gembira sbb anak2 yatim dapat penganti saorang ayah yang sangat penyayang.. “
” Sporting btl suami ina ni.. Dgn ank2 bleh ngam.. Alhamdulillah dapat pengganti yang sangat penyayang dgn ank2 tiri.. “
” Susah nk dpt bapa baru yg sporting dng anak2 yg dah besar2..rezeki mereka..Allah Maha mngetahui segalanya..kita je brteka teki..Semuga bahagia semua hendaknya..Aamiin.. “
” Merdu betul suara si Hadi ni, kita yang dengar dia nyayi pun rasa terbuai2.. Hehehe.. Suka tengok live Ina dan family.. Alhamdulillah bahagia tengok.. “
” Padu suara Hadi ni.. Btw aeronok tgk ank2 bahagia dgn pengganti ayah. Bukan senang.. Klu ank hepy maknanya ank serasi… Daddynya baik sama mcm ayahnya dlu.. “
Sedapnya suara Hadie dan Sallman. Khairul pun sangat sporting melayan anak-anak tirinya menyanyi. Apa-apa pun, sama-sama kita mendoakan semoga Ina dan keluarga terus bahagia bersama dan segala urusan mereka akan sentiasa dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok nizarwatie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen

