Artis / Selebriti
” Stop kejap dada ayah nak.. ” – Achey Bocey
Video jawapan Tiara Zinnirah apabila ditanya oleh ayahnya, Achey Bocey lukisan apa yang dilukis oleh Tiara buat ramai tersentuh. Jawapan Tiara membuatkan Achey terkedu. Terus berubah muka Achey. Tak sangka itu yang Tiara lukis..
Sebelum ini, pelawak Achey Bocey ada berkongsikan video membuat kejutan untuk isterinya, Anne Achey. Anne dikhabarkan dengan berita gembira bakal dibawa ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan ibadat umrah. Sememangnya Anne sudah lama mengidamkan untuk mengerjakan umrah.
Meninjau entry di akaun Instagram Achey, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat anak Achey, Tiara Zinnirah Nasir. Achey dan Tiara sedang duduk di dalam kereta dan Tiara menunjukkan kepada Achey lukisan yang dihasilkannya.
Pada awalnya Achey langsung tidak dapat menangkap apa yang Tiara lukiskan. Lukisannya kelihatan seperti kotak-kotak dan Achey tergelak melihatnya. Ketika ditanya kepada Tiara apakah yang dilukiskan itu. Spontan dan laju sahaja Tiara menjawab ‘Kaabah’.

Terdiam sebentar Achey dan kelihatan riak wajah Achey berubah. Anak sekecil Tiara tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke rumah Allah apatah lagi orang dewasa. Untuk makluman semua, Achey dan keluarga akan ke Mekah pada bulan Januari yang akan datang.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Tetiba sebak uwan bila Tiara ckp KAABAH.. uwan doakn semoga hajat Tiara nk lihat KAABAH Allah makbulkn suatu hari nnti.. inshaallah.. Aamiin.. “
” Naper acik pulak yang nangis ni bila tiara cakap macamtu… Allah.. Nnt doakan acik ye tiara.. semoga Allah jemput acik sekeluarga dpt jadi tetamu Allah.. “
” MasyaAllah.. semoga dapat menjadi tetamu Allah.. anak yang baik dan solehah.. Nnt doakan acik jadi tetamu Allah jugak yer.. “
” Ya Allah… aunty yang nangis dengar jawapan kamu wahai anak bertuah… Pandaiiii tiara… Nnt smp sana doakn acik jugak ye tiara.. “
” Allahuakbar bijaknya tiara.. perasan tak yang bulat tu macam batu Hajarulaswad yang ramai nak ciumnye.. “
” Suci hatinya.. kita pulak yang sebak.. dipermudahkan segala urusan abg acheykintangkintung dan fmly utk menunaikan ibadah umrah semoga peroleh umrah yg mabrur aamiin.. “
” Spontan dan laju je Tiara jawab, sampai terkedu tak boleh cakap apa Achey.. mata kita berair dik.. dia ada hati yang besar bang.. “
Impian Tiara untuk melihat dan merasai sendiri Kaabah bakal termakbul sedikit masa sahaja lagi. Semoga segala urusan Achey sekeluarga untuk mengerjakan umrah nanti dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Tentu Tiara paling gembira bila sampai ke tanah suci nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Achey
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

