Artis / Selebriti
” Masuk je Abang Lan, terus aku berdekah ketawa non stop, haha.. ” – Komen Netizen
Video lakonan pendek Elly Mazlein bersama Fattah Amin, Amira Othman dan Lan Pet Pet buat ramai terhibur. Aduhai, part last sekali tu paling kelakar. Kesian Abang Lan, kena reject dengan Jakelina macam tu je. Berdekah gelak, haha..
Meninjau di akaun Instagram milik Jakel, telah dikongsikan video drama pendek yang memaparkan Elly Mazlein sebagai Jakelina bersama Fattah Amin. Menerusi video itu, Jakelina merajuk gara-gara sebelum ini Fattah meninggalkannya kerana Amira Othman.
Ketika Jakelina merajuk, Fattah ada memujuk Jakelina dengan berkata, Jakelina adalah nombor satu dan berjanji tidak akan meninggalkan Jakelina lagi. Namun, baru sahaja mahu berbaik, tiba-tiba datang Amira lagi dan mengajak Fattah untuk pergi.
Kecewa dengan sikap Fattah yang tidak berpegang pada janji, sekali lagi Jakelina ‘patah hati’. Apa yang menarik menerusi video kali ini, tidak disangka, pelawak Lan Pet Pet turut berlakon bersama. Dialog lakonan Lan memujuk letika Jakelina bersedih telah membuat ramai terhibur.

Ada yang mengatakan, munculnya Lan di sebalik pintu itu terus membuat mereka ketawa. Komen warganet, lakonan Lan bergandingan bersama Elly begitu mencuit hati. Sehingga kini, video tersebut telah menerima puluhan ribu tanda suka dan ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya terhibur dengan lakonan Elly dan Lan Pet Pet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Masuk je Abang Lan, terus aku berdekah ketawa non stop, haha.. Function teruk lah Abang Lan ni.. Kalau berlakon memang lawak betul.. “
” Hahahaha yg last tu memang hahahahaha.. Kesian abang lan kena reject dengan Jakelina.. Jakelina nk juga Bamtah nya juga yer.. “
” Plssss la bt telemovie khas tuk dorg nie.. Mesti best sangat ni.. Gabungan orang lama buat kelakar memang meriah jadinya.. “
” Sengal lah diorang ni.. Hilang mengantuk sis pagi2 ni.. Bamtah tak dapat. Sekali bamlan yang mai. Jakelina ni masuk ayaq betul lah.. “
” Mesti shooting gelak terbahak2.. Iklan baju raya paling kelakar jatuh pd Jakel.. Sumpah eh Ariani and Jakel punya marketing best weh.. “
” Part last tu ingatkan Jakelina nak nyanyi “kitakan di tengah hutan adik jadi bimbang.. Sekali dia lari daaa.. Tak nak dengan Mazlan, haha.. “
” Macam mana la depa dok tahan gelak dgn kelaku jakelina ni.. Kita yg tgk pun beringgut bahu2 dok gelak. .Masuk pula Lan Pet Pet, lagi menjadi kelakarnya tu.. “
Patut lah ramai terhibur, mendengar dialog Lan dan Jakelina sahaja boleh membuatkan kita tergelak. Tak sangka, last sekali Jakelina reject Lan begitu sahaja. Jakelina tetap nak juga dengan Bamtah yer, sampai berlari-lari Jakelina tingaalkan Lan. Apa-apa pun, memang menghiburkan video-video promosi raya daripada Jakel.

Silakan SHARE..
Sumber : IG iamellymazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti3 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mantap, tak padan dengan kecil. In character betul, seram pun ada tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Wow, Raudhah speaking bunyi slang British… ” – Komen Netizen

