Artis / Selebriti
” Masing-masing tu bunyi macam hon keretapi dah, haha.. ” – Komen Netizen
Video Ernie Zakri mengajar vokal kepada peminat-peminat yang hadir menonton persembahannya buat ramai terhibur. Alamak, dah macam-macam bunyi keluar. Huru hara jadinya. Kelakar betul, haha..
Sebut sahaja nama penyanyi Ernie Zakri, sudah pasti ramai yang mengenalinya. Bakat nyanyian Ernie mula terserlah ketika Ernie menyertai pertandingan bintang RTM edisi tahun 2009 dan sekaligus Ernie menjadi juara dalam pertandingan tersebut.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik daynekarap88, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ernie Zakri sedang membuat persembahan. Menerusi video tersebut, kelihatan Ernie Zakri ada mengajak kesemua peminatnya yang hadir untuk belajar vokal nyanyian bersamanya.
Walau bagaimanapun, hasil nyanyian peminat-peminat yang hadir kedengaran begitu mencuit hati kerana pelbagai bunyi telah dikeluarkan mereka dan boleh dikatakan ramai yang tidak dapat mengikut cara yang diajar oleh Ernie. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet.

Ramai yang mengatakan terhibur mendengar suara-suara peminat Ernie. Seloroh warganet, nyanyian latar oleh peminat-peminat tersebut sudah kedengaran seperti bunyi ayam. Bahkan usik warganet, pelbagai bunyi yang mencuit hati kedengaran apabila mereka mengikuti cara nyanyian Ernie Zakri itu.
Tonton video di bawah ini :
@daynekarap88 Kerlasss tau bila @erniezakri ajar vokal, semua @ernienators_official perform lah ek 🔥 Nantikan full show di RTM #scat #erniezakri #ernienators #kubersuara
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata-kata pujian telah diberikan kepada Ernie. Antara komen-komen tersebut adalah :
” She extended and hold the notes macam tu je. Kita buat auto ke laut dalam bunyi dia, huhu.. Power lah Ernie, meremang dengar.. “
” Aku tahu sampai part mama mama mama semua dah macam ayam kena sembelih.. Betul2 kalah lah dengan Ernie, tak boleh2.. “
” Gilooooooo powerrrrr.. Ku Bersuara forever lagu legend dari seorang Ernie Zakri.. Masing masing tu bunyi macam hon keretapi dah, haha.. “
” Suka sangat dengar suara Ernie.. High note yg soft tak bingit.. Saya cuba ikut ape Ernie ajar, tapi knp bunyi sy mcm ekzos moto rosak, waaaaa… “
” Kak ninie power, part kita dah macam minions beb.. Macam macam bunyi nya dah macam zoo , bagi kak ninie jela weh nyanyi.. “
” Ya Allah amende Ernie ni sedap behtullll… Nyanyi band dia buat mcm nyanyi ajl yeeeee.. Fuhhh power tak power, itu lah Ernie yang sebenarnya.. “
” Huh kalau aku gini lah memang terpaling corotlah dalam final exam.. Sebab tak sampai lah segala high pitch tu haha.. “
Part Ernie menarik suaranya memang membuktikan vokal Ernie yang power. Untuk sekadar info, Ernie pernah memenangi anugerah vokal terbaik dalam AJL yang ke-32 dan penyanyi yang terkenal dengan lagu Masing Masing ini juga merupakan bekas guru muzik di sebuah Akademi.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok daynekarap88
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

