Artis / Selebriti
” Maknya tadi dah panas ayah, Tiara pulak tambah ‘lauk’. Makin panas ayah, haha.. ” – Komen Netizen
Video Achey Bocey menerima hadiah kejutan sebuah motosikal daripada isterinya, Anne buat warganet terhibur. Lain macam betul hadiah Anne, tersengih lebar Anne tengok reaksi Achey. Tiara pula menambah ‘lauk’, bertambah sayu Achey dibuatnya, haha..
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Achey Bocey, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan reaksi Achey ketika isterinya, Anne memberi satu kejutan. Kata Anne, dia tahu Achey sangat menginginkan motor keluaran Honda, XADV 750.
Oleh kerana itu, Anne membelikan sebuah motor untuk menghargai segala penat lelah Achey mencari rezeki untuk mereka sekeluarga. Rupa-rupanya bukan motor idaman Achey yang dibeli oleh Anne tetapi sebuah motor yang sama jenamanya sahaja. Reaksi wajah Achey mengundang tawa warganet.
Kata Anne, jika Achey menaiki motor tersebut, baru lah Achey boleh mengejar kereta dan motosikal. Geli hati warganet melihat Anne menyakat Achey. Tidak terhenti di situ, Tiara pula menambah ‘perisa’ dan membuatkan Achey bertambah sayu.

Tiara duduk di atas motor tersebut dan menyanyi lagu tema drama kepolisian Gerak Khas. Ekpresi muka Achey ketika itu menggeletek hati ramai. Jika bab menambah ‘lauk’, Tiara memang power. Selepas ini boleh lah Tiara mengajak ayah ride menggunakan motor baru.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ini kalau ride sekali ni setiap masa rasa secured bang hahahahaha.. Kalau tak tiara, mama dia yang menyakat. Nasib la Achey oiii haha.. “
” Aku lepas ni kalau ada traffic bagi siren drpd belakang mmg aku tak layan, dah tahu achey.. haha.. “
” Kuda putih dibelinya. Janji ada X haha.. Dah tahu dah mana Tiara dapat perangai lawak dia tu haha.. Ni kalau bawak race, confirm motor2 belakang semua tibe lesap ntah ke mana.. “
” H jugak tu Achey haha.. Boleh pakai la tu bang. Rare tu. Lama-lama boleh serap jadi anggota trafik hehe.. Boleh bunyi neno neno neno neno.. “
” Bawak bersabar bang… biasa tiara buat hal, ni isteri plak haha.. cuak ni kalau nak ride sama.. biru muka member haha..”
” Nak ketawa ke nak nangis ni.. Jadi la Achey oii janji 750 jugak haha.. Perangai la dak Anne ni. 1 family 1 kepala.. “
” Haha Tiara perli elok punya. Maknya tadi dah panas ayah, tiara pulak tambah lauk makin panas ayah haha.. “
Lawak sungguh melihat Anne dan Tiara mengusik Achey. Kali ini ayah terpaksa pasrah dan terima sahaja usikan isteri dan anak. Mak dan anak, sama-sama sekepala dan kelakar. Apa-apa pun, perkongsian ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga turut terhibur menontonnya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Achey Bocey
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Happy Birthday Ammar. Baru tahu umur Ammar, ingatkan muda lagi, hehe.. ” – Komen Netizen


