Artis / Selebriti
” Macam tu je Watie handle 4 anak tanpa Shuib, respect lah.. ” – Netizen
Video Watie Hanifiah Outing Bersama Anak-Anaknya, Uwais, Talita, Matin Dan Ayash Buat Ramai Kagum. Masing-Masing Manja Betul Dengan Mummy. Seronok Tengok Semua Mainkan Peranan Tolong Mummy Jaga Ayash. Happy Je Semua !!
Bukan mudah untuk menjadi penganti ibu tetapi bagi Watie Hanifiah, segalanya dilakukan sebaiknya demi untuk kebahagiaan Shuib dan 4 orang anak yang memerlukan kasih sayang seorang ibu. Watie memang akrab dengan kesemua anak-anaknya lebih-lebih lagi dengan Matin yang selalu ingin berkepit dengan mummy.
Meninjau akaun Instagram Watie Hanifiah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Watie membawa Uwais, Talita, Matin dan Ayash keluar jalan-jalan di mall. Keluar tanpa Shuib, Watie bijak mengatur anak-anak dan semua memberikan kerjasama yang baik.
Apa yang penting, semua bekerjasama demi Ayash. Masing-masing ada tugasan dan semuanya enjoy dapat meluangkan masa bersama. Part tukar pampers Ayash tu paling melucukan. Bak kata Watie pada Uwais, ini baru dikatakan abang. Kebahagiaan yang dirasai oleh anak-anak membuatkan warganet turut seronok melihatnya.

Riuh sungguh apabila mummy anak empay keluar bersama seperti ini. Masing-masing mahu mummy puji kerana menjaga adik Ayash. Paling bahagia pastilah Ayash kerana dilayan seperti anak raja. Bagus Watie menyelitkan pengajaran dan erti tanggungjawab pada anak-anak.
Jom tonton video di bawah :
Lebih 28 ribu likes telah pun dicatatkan untuk perkongsian oleh Watie ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet setelah menonton video ini :
” Suka tengok.. semoga watie sihat selalu, dapat jaga keluarga tersayang.. Ibu sedang senyum di sana melihat happy nyaa anak anak dengan mummy.. ”
” Wati ikhlas sangat jaga anak-anak.. bahagia tengok.. Dulu, masa sblm kawin ramai org kecam watie. Tapi skrg, sebalik nya. Makin ramai yg puji. Watie pun makin berseri. Betul lh org kata tak kenal maka tak cinta.. ”
” Pergh respect.. sis anak 4 kecil kecil juga mcm ni… klw outing mcm ni mesti kena ada ayah dia.. klw sis sorang, aje fengsan mcm tarzan.. ”
” Macam tu ja watie handle 4 anak tanpa shuib.. respect lah.. Adore sis watie.. layan anak2 arw4h dgn penuh kasih sayang n ikhlas.. ”
” Awwwww happy family.. Mommy hebat with 4kids… bukan mudah saya yang sorang pun macam lipas kudung.. ”
” Sampai habis video ku tengok hehe.. hebat lah mommy, bukan senang ye jadi mommy anak 4.. tqsm mummy watie jagakan ank2 arwah SS,semoga hidup bahagia.. ”
” Terpaling bahagia ayashh… Mummy datang ketika dia sgt2 memerlukan kasih syg seorang ibu.. alhamdulillah.. watie terbaik.. ”
” Sangat sangat sweet mommy dengan anak-anak.. adore you mommy.. Bagus abang kakak semua berkerjasama jaga adik.. ”
Tumpang gembira warganet melihat anak-anak dengan mummy baru mereka ini. Selepas hujan, Allah hadirkan pelangi untuk anak-anak. Semoga kebahagiaan ini berkekalan dan Watie dapat memberikan kasih sayang serta perhatian untuk anak-anak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Watie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

