Artis / Selebriti
” Lawak lah Ammar ni. Sakit perut aku tengok Nabil kena palau secara live.. ” – Komen Netizen
Video Ammar Ahyan bermain permainan di MeleTOP bersama Nabil Ahmad menggeletek hati warganet. Adui lah Ammar, bunyi tu pun dah lawak. Tengok Nabil kena palau dengan Ammar lagi berdekah ketawa. Tu lah Nabil, balasan tak perasan Ammar bagi gifts masa live, haha..
Masih ramai yang belum boleh move on dengan telatah anak sulung Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida, Ammar Ahyan ketika bersiaran langsung di rancangan hiburan sensasi, MeleTOP. Sejak dari awal Ammar dan adiknya, Qadejah memasuki studio MeleTOP, penonton sudah mula ketawa dengan telatahnya.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok dan Instagram MeleTOP, telah dikongsikan satu video yang memaparkan segment Ammar bersama Nabil dan tetamu jemputan lain bermain satu permainan. Ammar perlu membuat bunyi dan Nabil pula meneka bunyi apakah yang dibunyikan oleh Ammar.
Bunyi yang Ammar perdengarkan mencuit hati penonton. Muka serius tetapi Ammar memang kelakar orangnya. Mujur lah Nabil seorang yang bijak dan bunyi itu dapat diteka dengan betul. Moment Nabil yang kegembiraan dan ingin bertepuk high five bersama Ammar mencuit hati ramai.

Ammar sememangnya seorang yang lurus dan fokus dengan satu perkara dalam satu masa. Alih-alih Nabil tepuk angin sahaja kerana tepukannya tidak disambut oleh Ammar. Sudah lah awal-awal pelukan tidak berbalas, high five pun tidak dilayan, memag kelakar lah Ammar ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Astaga lucunya, lawak lah Ammar ni.. Balasan sbb En.Nabil selalu tak perasan Ammar bagi gift masa live haha.. “
” Weh nabil kena palau.. dari start ammar masuk nabil nak peluk sampai ke hi5 tak layan hahahha.. Dia balas dendam la tu dengan encik nabil. Sebab tak layan amayan bagi gift topi, amayan dah bagi tau papa dah tauu.. “
” Sepahtu boleh ajak Ammar join lepas ni, confirm lawak haha.. Nabil seperti tidak wujud, Nabil hanya lah green screen haha.. “
” Ok tak payah, sabar jela Nabil.. cepat dia cover.. time bunyi ni memang kelakar giler semalam. aku sendiri tak tahan, asyik gelak je.. “
” Ammar memang ignoring sangat eh haha.. sakit perut aku tengok Nabil kena palau secara live.. masalah nya dia dah angkat tangan tuu apsal tak sep je terus.. tepuk angin jela Nabil, haha.. “
” Ammar sejenis yang focus satu benda je.. dia nih boleh masuk maharaja lawak.. tolong la ammar, kenapa kelakar sangat ni.. “
” Adoi nabil dengan ammar ni memang berdekah aku gelak haha.. nk peluk tak dilayan, nak hi5 pun kena palau .. kesian betul en nabil .. jap oh sb en nabil x perasan ammyan bg gift mada live…. sebab tu la kot.. “
Berdekah penonton di studio dan di rumah melihat reaksi spontan Ammar dan Nabil itu. Jika Ammar dijemput menjadi host MeleTOP, tentu semakin gamat suasana. Apa-apa pun, video ini hanyalah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga turut terhibur.

Silakan SHARE..
Sumber : IG MeleTop, Tiktok MeleTop
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

