Artis / Selebriti
” Kemain seronok Papa bila Tokti komen. Tokti pun pandai mengusik.. ” – Komen Netizen
Video reaksi DS Aliff Syukri apabila terkantoi bergosip mengenai DS Siti Nurhaliza ketika live buat ramai terhibur. Sekali tuan badan komen, tak berhenti Dato’ Aliff gelak. Komen Tokti pun win, hehe..
Nama usahawan terkenal, Dato’ Aliff Syukri cukup dikenali ramai. Kesungguhannya dalam berniaga dan konsisten membuat live setiap hari di platform Tiktok dipuji ramai. Dato’ Aliff juga top 3 sellers yang paling aktif di Tiktok dan jualannya mencapai jutaan ringgit.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Izzalerve dan Jaja_empire3, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan live Dato’ Aliff. Nama biduanita negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza ‘dipetik’ oleh Dato’ Aliff. Kata Dato’ Aliff, DS Siti live hanya sekadar suka-suka sahaja.
Ini kerana DS Siti sangat kaya dan ada brand yang tersendiri. Dato’ Aliff juga mendedahkan DS Siti menerima bayaran yang lumayan setiap kali mengadakan show di mana-mana majlis keraian. Dato’ Aliff juga mendedahkan dia pernah menjemput DS Siti 12 tahun yang lalu dan bayaran yang dibayar seperti harga sebuah kereta Honda.

Rancak Dato’ Aliff ‘ bercerita tanpa mengetahui DS Siti sedang mengikuti sesi live itu. Comel sahaja komen balas DS Siti, katanya dia berniaga di Tiktok kerana suka menjual. Semakin kuat ketawa Dato’ Aliff dan terpancar wajah gembira kerana kehadiran komen-komen daripada DS Siti yang penuh dengan aura positif.
Jom tonton video di bawah :
@izzalerve Seronok layan live Dato dgn Siti Nurhaliza #borakselebriti
@jaja_empire3 mengeletis papa😆 #datoaliffsyukri
Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Tersembur masa minum bila dengar ‘ hujung hujung aku je nyanyi’ hahah.. adui lawak lah papa ni. tapi save bajet papa nyanyi sendiri.. “
” Ayat dia “ hujung2 aku je menyanyi” tu x boleh tahan haha.. aaa tokti nk shopping apa la tu. terus suruh buka beg kuning ahahaha.. “
” Kemain seronok papa bila tokti komen.. tokti pun pandai mengusik eh. tokti nk jemput papa nyanyi kat mana tu hehe.. “
Komen DS Siti :


Seronok sungguh Dato’ Aliff apabila mendapat komen-komen daripada DS Siti itu. Bertambah kuat ketawa Dato’ Aliff apabila DS Siti bertanyakan harga jika DS Siti ingin menjemput Dato’ Aliff untuk membuat show. Ini memang betul-betul artis nombor 1 negara, mega sungguh apabila biduanita offer buat show.

Apa-apa pun, perkongsian ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan gurauan Dato’ Aliff bersama DS Siti. Jika ada kolaborasi Dato’ Aliff dan DS Siti, tentu gempak. Bertambah gah lah nama Dato’ Aliff sebagai penyanyi kesukaan ramai, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Izzalerve, Tiktok Jaja_empire3
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

