Artis / Selebriti
” Keliru yang mana satu Fasha Sandha. Tepi sekali sebijik.. ” – Netizen
Fasha Sandha Kongsi Gambar Bersama Adik Beradiknya. Namun Wajah Kakak Fasha Yang Seiras Dengannya Jadi Tumpuan Peminat. Dah Macam Kembar !!
Nama pelakon hebat Fasha Sandha bukan asing lagi di kalangan peminat. Beliau juga merupakan kakak kepada pelakon Elisya Sandha. Memiliki ramai peminatnya yang tersendiri, segala perkongsian daripada Fasha pasti mencur1 perhatian ramai. Mengahwini aktor Aidil Aziz, Fasha kini sedang sarat hamil anak pertama mereka.
Sudahpun mempunyai dua orang anak hasil perkahwinannya terdahulu dipanggil Rayfal dan Jemaima. Fasha tinggal serumah bersama beberapa ahli keluarganya yang lain antaranya Elisya. Fasha sering berkongsi kenangan mereka bersama menyambut ulangtahun kelahiran dan majlis istimewa yang lain.
Setelah berbulan-bulan tidak dapat bertemu beramai-ramai kerana PKP, mereka sekeluarga akhirnya berkumpul. Semuanya sedondon memakai pakaian berwarna merah jambu. Gambar Fasha bersama adik beradiknya juga dirakam sebagai kenangan mereka bersama. Semuanya nampak gembira.

Menerusi akaun Instagram, Fasha Sandha telah berkongsikan gambar raya bersama adik beradiknya. Semuanya tersenyum manis. Namun apa yang menjadi perhatian peminat adalah wajah kakak Fasha yang sama dengan wajahnya. Sekali pandang hampir tertukar siapa Fasha sebenar.
Jom baca perkongsian di bawah :
Memang nampak seiras sangat Fasha dengan kakaknya. Antara komen-komen peminat :
” Tepi kak fasha tu mirip betul muka ye.. “
” Eh sama lh muka yg sebelah akk fasha… mcm kembar.. “
” Keliru.. Yg mne stu fasha sandha. Tepi skli sbjik.. “
” Yg belah kanan muka iras fasha.. “
” 3 org muka seiras, 2 org lagi kembaq.. “
” Yg belah kanan mcm fasha.. tapi mata mcm elisha.. “
” Yang knan sma muka ngn fasha.. yang laki n ke kiri sama 3org tu muka.. “
” Semua cantik.. tepi skli seiras la dengan Fasha.. “
” Ingatkan yang hujung tu kak fasha. Mirip betul.. “
Mirip betul wajah kakak Fasha sampai nampak seperti kembar. Kalau dah namanya adik beradik, pasti akan ada persamaan wajah antara mereka. Apa pun, semuanya manis-manis belaka wajahnya. Semoga Fasha sentiasa gembira bersama keluarga tersayang dan sentiasa dilindungi Allah selalu hendaknya. Aamin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fasha Sandha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abu dan daddy undercover jadi Mamadom, Papadom.. ” – Ernie Zakri

