Artis / Selebriti
” Kalau tak kelakar, itu bukan Tengku Muhammad namanya. Memang tak boleh duduk diam, hehe.. ” – Komen Netizen
Video gelagat YAM Tengku Muhammad Iskandar ketika sesi bergambar selepas selesai Majlis Istiadat buat warganet terhibur. Auto bergoyang Tengku Muhammad dengar bunyi muzik. Tak boleh duduk diam pengantin ni, hehe..
Istiadat perkahwinan putera diraja, YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan YM Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan berlangsung dengan meriah dan pasangan ini diraikan dengan ratusan tetamu di Istana Abdulaziz, Kuantan semalam.
Setelah selesai istiadat akad nikah dan merenjis, pasangan ini bergambar kenangan bersama tetamu yang hadir di majlis perkahwinan mereka. Selain hidangan yang lazat dan tempat yang selesa, semua tetamu dan pengantin dihiburkan dengan dendangan daripada kumpulan busker di akhir acara.
Meninjau entry di akaun Tiktok Hang Nadem, telah dikongsikan suasana ketika Tengku Muhammad dan Tengku Natasya bergambar bersama tetamu. Iringan muzik dan nyanyian vokalis yang merdu menarik perhatian Tengku Muhammad yang sedang bergambar.

Bagi yang mengikuti setiap acara istana, pastinya sudah sedia maklum Tengku Muhammad seorang yang suka menyanyi dan menari. Pantang mendengar muzik sahaja pasti bergoyang-goyang dan terkumat kamit mulutnya mengikut menyanyi bersama. Perangai comel Tengku Muhammad yang sama seperti bondanya.
Jom tonton video di bawah :
@qramarif ISTIADAT PERKAHWINAN PUTERA DIRAJA 24 OKTOBER 2024 | Istiadat Perkahwinan Diraja YAM TENGKU ARIF BENDAHARA TENGKU MUHAMMAD ISKANDAR RIAYATUDDIN SHAH DAN YANG MULIA TENGKU NATASYA PUTERI #tengkumuhammadiskandarriayatuddinshah #tengkunatasyaadnan #perkahwinandiraja #royalpahang #royalpahangwedding
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ada masa kene behave jugak… protokol.. selalu setiap majlis macamtu dia tu hahaha.. Enjoy betul dia.. “
” Wah happy sangat ye masing-masing. alhamdulillah.. aak-anak Raja yang sangat santai…. comel semuanya.. “
” Pengantin tetap buat lawak.. Lupa ke tu awak tu Raja sehari.. semoga kekal bahagia hingga ke jannah tengku berdua.. “
” Keluar dah perangai dia, haha. Pengantin tolong behave sikit ye.. kalau tak kelakar itu bukan tengku Muhammad namanya.. “
” Memang tak boleh duduk diam ya Tengku Muhammad ni, hehe.. nk pegang tgn pun cam malu, bak kata pepatah bagai pinang dibelah dua.. “
” Bagi chance lah kat TAB kan hari bahagia dia untuk TAB hilangkan stress hehe.. kita lak seronok tengok dalam behave keluar juga perangai tak behave tengku muhammad tu.. “
” Happy sangat dapat kahwin ye.. aku baru tau pengantin lelaki tu baru 27 , pengantin pompuan 29 .. orrr so sweet.. “
Tumpang gembira warganet melihat gelagat Tengku Muhammad yang ceria dan menghiburkan itu. Semoga kebahagiaan sentiasa menjadi milik Tengku Muhammad dan Tengku Natasya serta dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Selamat pengantin baru.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok HangNadem
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Happy Birthday Ammar. Baru tahu umur Ammar, ingatkan muda lagi, hehe.. ” – Komen Netizen


