Artis / Selebriti
” Kak Ina masih tak boleh move on tapi hari ni Kak Ina kuat. Tak boleh nangis.. ” – Ina Naim
 
																								
												
												
											Video Terbaru Ina Naim Live Bersama Anaknya, Ehmad Hadie Elfardie Raih Perhatian Warganet. Makin Ceria Dan Gembira Raut Wajah Ina Sekarang. Alhamdulillah Ina Kuat !!
Pemergian arwah Suhaimi Saad meninggalkan kesan di hati peminat. Diam tak diam, sudah 4 bulan berlalu sejak Suhaimi pergi meninggalkan semua. Tinggallah Ina Naim bersama 4 orang anak hasil perkahwinannya bersama Suhaimi. Ina pada ketika itu kelihatan sangat tenang dan tiada langsung linangan air mata yang dipaparkan kepada umum.
Meninjau entry di akaun Tiktok Media Penglipur Lara, telah dimuatnaik sedutan video yang memaparkan Ina bersama anak sulungnya, Ehmad Hadie Elfardie. Ina dan Hadie muncul di live Tiktok dan ini mengubati kerinduan warganet terhadap mereka.
Wajah Ina kelihatan begitu gembira dan kata-katanya juga berbaur semangat yang kuat. Kata Ina, dia memang belum boleh move on lagi dengan pemergian suami tercinta tetapi dia perlu kuat dan tidak boleh menangis sambil mengukirkan senyuman di bibir.

Hadie juga yang sudah 15 tahun usianya tahun ini sudah menjadi anak bujang yang sangat protective terhadap ibunya itu. Wajah Hadie yang tampan dan manis ini saling tak tumpah seperti wajah arwah ayahnya, lebih-lebih lagi renungan matanya itu.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@media_penglipurlara Sudah lebih 4 bulan Allahyarham Suhaimi Saad, 43, dijemput Ilahi dan pemergiannya masih dirasai Ina Naim dan anak-anaknya. Muncul dalam LIVE di TikTok mengubat kerinduan followers yang gembira melihat keceriaan Ina dan dua daripada empat anaknya iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 15, dan Salman Elkhoyri, 13. Dua lagi anak Ina ialah Phyrosh Elfadwah, 11, dan Nur Layla Elghufrony, 9. #inanaim #viralvideo #fypp
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan bersama pembaca :
” Handsome anak sulung Ina ni, muka memang iras betul dengan arwah suhaimi saad.. lagi-lagi mata tu, renungan yang sama.. ”
” Ini baru wanita kuat. walaupun masih belum move on tetap langkah tetap diteruskan untuk anak-anak. Semoga urusan kamu sekeluarga dipermudahkan oleh Allah s.w.t.. ”
” Semoga Ina sprti PS hrus kuat, Smga d permudah kn segala urusan Ina serta ank2.Slm Aidil Fitri,Maaf Zhir dn Batin.. ”
” Anak ina saling x tumpah mcm arwah. Semoga menjadi anak yg soleh dan bertanggungjawab pada keluarga.. ”
” Macam adik beradik je ina dengan anak. Segak anak Suhaimi Saad yang ni.. Moga ina terus kuat dn sentiasa dlm Limpah Rahmat Allah. Bahagia selalu. Aamiin.. ”
” Awet muda Ina ni, macam kakak dengan adik je walhal mak dengan anak. Ina pun nampak dah ceria sekarang. moga yang baik-baik.. ”
” Senang ina anak bujang dia dah besar dan dah boleh jaga ibu.. handsome dan manis wajah anak lelaki ina ni.. ”
Ina sememangnya seorang wanita dan ibu yang kuat. Walau apa pun yang terjadi, Ina perlu mengharungi hari-hari mendatang bersama anak-anaknya. Semoga Allah membukakan seluas-luasnya rezeki Ina, dikurniakan ketenangan serta kekuatan untuk terus bangkit. Hadie jaga ibu elok-elok sebagaimana pesanan ayah ye.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Media Penglipur Lara
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Happy Birthday Ammar. Baru tahu umur Ammar, ingatkan muda lagi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 



 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
