Artis / Selebriti
” Ingatkan Fasha Sandha, berubah terus muka Sherry.. ” – Komen Netizen
Video penampilan Sherry Al-Hadad selepas disolek oleh Dato’ Alha Alfa raih pujian ramai. Wah, nampak lain sungguh wajah Sherry, sampai ada yang nak masuk meminang. Ramai yang kata ada iras Fasha Sandha..
Meninjau ke akaun Instagram Dato’ Alha Alfa, perkongsian sebuah video Sherry Alhadad selepas disolek telah meraih perhatian ramai. Menurut Dato’ Alha, Sherry mencabarnya untuk disolek supaya cantik menawan sehingga orang ingin meminangnya.
Ternyata hasilnya memang menakjubkan. Ramai di ruangan komen yang memuji kecantikan wajah Sherry sehingga ada juga yang ingin masuk meminang. Ada juga menyamakan wajah Sherry dengan beberapa selebriti terkenal seperti Fasha Sandha dan Uqasha Senrose.
Memang jika dilihat sekali pandangan seperti itu bukanlah Sherry. Tampil dengan rambut panjang dan lurus, wajah Sherry juga dilihat runcing. Ada juga mencadangkan agar Dato’ Alha menata rias Sherry untuk konsert Gegar Vaganza pula.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 29 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Apa jua cabaran yang diberikan kepada Dato’ Alha pastinya dapat dilaksanakan. Sekelip mata boleh tampil cantik dengan hasil sentuhannya.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji penampilan Sherry yang nampak berbeza. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Sherry makeup n rambut cmni dh mcm fasha dah.. Igtkan fasha sanda tadi.. Cantiknyeee haaa.. berubah terus sherilll… cantikkkkk gilerrrrsss.. “
” Cantik nya sherry,nampak lain sgt mekap nya.. Mcm look fasha sandha.. Klau mcm ni ghopenya.. tak masuk meminang dahh..terus heret ke rumah tok kadi.. “
” Fasha pn dia,anzalna pn dia hamik laaa semuaaa kt sherry 2025 ni org lain tepiiiii .. Lawonyaaaaa… penuh la DM sherry_alhadad jap lagi niii.. “
” Aikkk..mula2 macam uqasha senrose pastu macam fasha sandha .. Ye lahhh mcm sis fashasandha kejut kita wak… Boleh ke makeup wajah saya latina look ?.. “
” Kalau Sherry make up macam nie di gegar vaganza barulah meletop muka Sherry kan masa tu nanti Tom Ram dan Shafinaz tak kenal lah nampak macam sweet sangat ler kan.. “
” Cuba minggu depan make up macam nie di gegar vaganza Sherry barulah ramai yang nak masuk meminang kan love sangat make up nie ler.. “
” Macam uqasha sherry. memang magical le sentuhan dato AA ni.. Cantik giler.. Wahh cantik sgt2 ni xyah masuk mminang, ni terus ajak nikah.. “
Sentuhan daripada Dato’ Alha tidak pernah mengecewakan. Pastinya penampilan akan nampak lebih menawan dan mempersonakan. Memang nampak berbeza penampilan wajah Sherry kali ini walaupun Sherry seringkali tampil bersolek. Solekan kali ini memang kebabom..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Alhaalfa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

