Artis / Selebriti
” Cik Salmah yang ni comel sangat, pandai Tokti berlakon.. ” – Komen Netizen
Dato’ Seri Siti Nurhaliza tampil memakai uniform jururawat dan membawa watak Cik Salmah dalam filem Bujang Lapuk raih perhatian ramai. Wah, siap bawa basikal dan berlakon lagi. Comelnya Tokti..
Meninjau ke akaun Instagram Media Hiburan, perkongsian beberapa buah video ketika majlis sambutan ulang tahun kelahiran Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama kelab peminat, Sitizone telah meraih perhatian ramai.
Kali ini Dato’ Seri Siti tampil dengan gaya berbeza memakai uniform jururawat sambil menunggang basikal masuk ke dalam dewan. Malah tetamu yang hadir juga mengikut tema majlis iaitu Filem P. Ramlee dengan memakai pakaian zaman 60an.
Dato’ Seri Siti membawakan watak Cik Salmah dalam filem Bujang Lapuk. Watak tersebut dilakonkan oleh Seniwati Saloma yang merupakan seorang jururawat. Dato’ Seri Siti sempat lagi melakonkan babak Cik Salmah ketika memasuki dewan tersebut.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Nampak begitu meriah sambutan hari lahir Dato’ Seri Siti bersama para peminatnya. Sememangnya setiap tahun Sitizonee akan mengadakan majlis buat penyanyi kesayangan mereka.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji kecomelan Dato’ Seri Siti memakai uniform jururawat. Antara komen-komen yang diberikan :
” Siti2 umo da 40lebih tp muka mcm 20 lebih.. cik salmah yg ni comey sgt ni .. cantik nau.. Yang antie baju PINK.. tokti pkai ape pun comel.. “
” Tokti comeyyy.. Basikal tua tue lepaih nie jd mahai.. Huntun yg berlakon jd sarip dol tu .. Ee dudah lah .banyak lagi orang lain.yg muda2.. “
” Kami jururawat bangga tok ti pakai uniform kami.. Cakap “kerja main main” pun merdu .. uniform tokti pakai tu dh bole bukak utk pembidaan.. “
” Siapakah ramli tu? sbb dia lebih selesa dgn suasana tanpa protokal yg ketat.sbbtu ramai syg dia.. cik salmah lembut kagi bahasa dia.. “
” Kalau macam ni la nurse nya, saya sanggup minum air gula setiap kali check up. Ya allahhhh apesal la comei cantik sangattt tak faham aku.. “
” Cik Salmah bidadari syurga MU.. lembut suara tok Siti… Kalau macam ini punya misi, memang hari2 kena kacau.. dah pandai tokti berlakon. boleh buat movie dah.. “
” Tokti ni kan. satu2nya artis yg jelas nampak dia rindu .”kehidupan suasana kampung..bebas”. walaupun dia dah ada segala2nya.. ”
Nampak natural sangat gaya lakonan Dato’ Seri Siti sebagai Cik Salmah. Setiap tahun majlis yang diadakan bersama kelab Sitizonee selalu tampil dengan tema yang kreatif. Semoga Dato’ Seri Siti Nurhaliza terus sukses dalam industri hiburan tanahair dan antarabangsa.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Mediahiburan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

