Artis / Selebriti
” Gorgeous mini Linda Jasmine. Happy birthday Ratu.. ” – Netizen
Titip Ucapan Sempena Ulangtahun Kelahiran Anaknya, Tengku Ratu Haidar Yang Ke 14 Tahun, Perkongsian Linda Jasmine Raih Perhatian Netizen. Makin Cantik Lah Ratu, C0py Paste Linda Sangat !!
Menerusi perkongsian sebelum ini, ramai yang terpegun melihat kecantikan anak gadis pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine iaitu Tengku Ratu Haidar. Selain dikurniakan wajah cantik, puteri kesayangan Que dan Linda ini juga sebenarnya berbakat dalam bidang peragaan dan seni.
Memiliki pakej lengkap bergelar model taraf antarabangsa, Tengku Ratu atau mesra disapa sebagai Ratu sering menghiasi kempen jenama fesyen. Kalau dilihat wajah Ratu, mungkin ramai yang menyangka si cantik ini berasal dari luar negara.
Terbaru meninjau di akaun Instagram, Jasmine memuatnaik gambar Ratu dan menitipkan ucapan selamat hari lahir buat Ratu yang menyambut usianya ke 14 tahun. Perkongsian oleh Jasmine ini telah menarik perhatian netizen.

Ada yang mengatakan yang wajah Ratu saling tidak tumpah seperti wajah ibunya, Linda Jasmine. Rasa sekejap sahaja masa berlalu, sudah menjadi anak dara Ratu sekarang. Semakin cantik dan manis, wajahnya persis ibunya ketika muda.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, ada peminat turut memberikan kata ucapan selamat hari lahir kepada Ratu. Antara komen menarik daripada netizen adalah :
” Gorgeous mini Linda Jasmine.. Happy birthday Ratu.. “
Untuk rekod, hasil perkongsian hidup bersama, Linda dan Que juga mempunyai seorang lagi anak perempuan iaitu Tengku Cleopatra Haidar (adik Ratu ). Wajah Tengku Cleopatra nampak begitu seiras dengan wajah Que. Kedua-dua anak perempuan pasangan ini secara tak langsung mewarisi bakat ibu mereka.

Untuk sekadar info, Linda juga mempunyai seorang lagi anak hasil perkahwinan terdahulunya iaitu Qalif Khan. Kami dari Berita Kopak mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan selamat hari lahir buat Ratu. Semoga Ratu terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburinya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG official_lindajasmine
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen



