Artis / Selebriti
” Know know dah bersalin. Yeay Cailie dah jadi kakak.. ” – Netizen
Ikmal Amry Kongsi Berita Gembira Isteri Selamat Bersalin Anak Kedua. Wah Senyap-Senyap Je, Tup Tup Dapat Baby Lagi. Alahai Comel Dan Chubby Sungguh Baby, Tahniah Ikmal Dan Isteri !!
Umum mengetahui yang pelakon Ikmal Amry telah menikahi personaliti media sosial, Najla Shamsul dan pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan diberi nama Cailie. Kehidupan Ikmal bahagia bersama keluarga kecilnya ini. Ikmal yang memiliki rupa paras yang kacak ini juga mempunyai ramai peminat.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Ikmal Amry, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ikmal bersama seorang bayi. Rupa-rupanya, Najla telah pun selamat melahirkan cahayamata kedua mereka. Dikurniakan seorang bayi lelaki, ianya melengkapkan lagi kehidupan pasangan ini.
Dengan kapsyen tertulis ucapan syukur ke hadrat Ilahi, Ikmal berkongsi berita gembira kelahiran anak keduanya ini. Berita ini disambut dengan gembira oleh para peminat Ikmal. Komen warganet, diam-diam sahaja Ikmal sudah mendapat 2 orang cahayamata.

Video pendek ini menunjukkan Ikmal mengucup anaknya ini. Melihat wajah Ikmal terpancar kegembiraannya dengan kelahiran baby boy ini. Ikmal junior pasti kacak seperti daddynya, tengok sipi-sipi pun sudah nampak comel. Apalah reaksi Cailie tengok adiknya nanti.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 28 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Alhamdulillah congrats am and najla . tak sabar auntie nak jumpa adik cailie.. my boyyy comell.. ”
” Congrats Ikmal Amry.. Alhamdulillah bro.. semoga menjadi anak yang soleh.. Ikmal Junior ni.. ”
” Alhamdulillah sepasang dh.. Know know dah bersalin. congrats both of you.. mesti comel macam kakak dia.. ”
” Yeayyy cailie dah jadi kakak. Tahniah Ikmal.. Sepasang dah, mantap doh planning kau Ikmal.. ”
” Alhamdulillah baby boy.. tahniah Ikmal.. ikmal amry junior ni.. ada geng dh la. syok lah daddy.. ada kawan main bola.. ”
” Alhamdulillah. Congratulations Am dan Wife. Welcome to the world, baby boy.. best nya dah sepasang anak.. ”
” Alhamdulillah tahniah AM.. Dapat juga Cailie adik Boy.. sipi-sipi pun dah comel ni.. cute macam cailie tak hehe.. ”

Alhamdulillah sepasang sudah anak Ikmal, makin meriah lah rumah Ikmal lepas ni. Cailie pun happy dapat adik lelaki. Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah atas kelahiran cahayamata keduanya ini dan selamat berpantang buat Najla.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ikmal Amry
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen



