Artis / Selebriti
” Ingatkan dengan girlfriend tadi. Fuhh, cantik betul anak Abang Jamil.. ” – Komen Netizen
Muatnaik video luangkan masa bersama anak sulungnya, Tengku Ratu Haidar, perkongsian Que Haidar curi perhatian warganet. Cantiknya Ratu, ada yang kata dah macam Barbie doll..
Meninjau di akaun TikTok milik pelakon Que Haidar, telah dikongsikan dua video yang memaparkan Que meluangkan masa bersama anak sulungnya, Tengku Ratu Haidar. Perkongsian tersebut turut menarik perhatian ramai apabila memaparkan hubungan rapat antara bapa dan anak itu.
Menerusi video pertama, Que dan Tengku Ratu dilihat berada di dalam kereta sambil merakam momen santai bersama. Wajah Tengku Ratu yang manis serta penampilannya yang matang membuatkan ramai teruja melihat telatah mereka berdua.
Sementara itu, menerusi video kedua pula, mereka berada di sebuah pusat beli-belah dan sekali lagi menghasilkan video bersama-sama. Keakraban yang ditunjukkan jelas menggambarkan hubungan bapa dan anak yang erat serta penuh kasih sayang.

Perkongsian video tersebut turut menjadi bualan warganet apabila ada yang pada awalnya menyangka Que Haidar sedang bersama kekasih barunya. Namun selepas menonton video tersebut beberapa kali, barulah ramai menyedari bahawa gadis di sisi Que itu sebenarnya adalah anak kandungnya sendiri.
Tonton video di bawah ini :
@quehaidar 🌹🌹🌹
@quehaidar 🫰🏻🌹🌹🌹
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Ingatkan dengan girlfriend tadi. Fuhh, cantik betul anak Abang Jamil yang ni.. Beautiful daughter & handsome father.. “
” Camni Que, terbaikkk.. Rapat dengan anak2. Macam Barbie doll daughter sulung ni, cantik dia bukan main lagi.. “
” Ingat angah ngan GF, rupa2nya ngan ank dara angah.. Cntiknya Ratu.. Anak dah besar, ayahnya maintain je muda.. “
” So sweet tengok dua beranak ni.. Serius cantik betul anak dia.. Ayah pula nampak muda, sekali tengok dah macam abang dan adik.. “
” Paksuuuuu.. Cantiknya anak dara awakkkkkkkk.. Masyaallah kejap betul dah besar dah anaknya.. Cantiiiiikkkk.. “
” Cantiknya ank que.. Macam muka mamanya… Sorang lagi muka macam Que.. Dua-dau cantik sangat.. “
” Ingatkan tadi Que dating dengan Bella, hehee.. Nasib baru perasan, anak Que rupanya.. Muka ada iras2 Bella Astillah.. “
Kecantikan Tengku Ratu yang menyerlah bukan sahaja membuatkan ramai teruja, malah menjadi bukti kasih sayang seorang bapa yang sentiasa meluangkan masa berkualiti bersama anak tersayang. Hubungan mesra mereka ini sememangnya mengundang senyuman yang melihatnya.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok quehaidar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

