Artis / Selebriti
” Garang betul Icha ni, tak padan dengan keychain. Marah betul Icha tu.. ” – Komen Netizen
Video Icha marah apabila ada yang minta Fattah Amin suapkan Una makan ketika live. Wah marah betul Icha, sampai Una nak kena tenangkan dia. Netizen ni pun, yang bukan-bukan dimintanya. Kan dah kena sound dengan Icha, padu ayat Icha bagi..
Fattah Amin kembali membuat live bersama Una dan Icha untuk mempromosikan produk Pak Mat Western. Ini adalah live pertama setelah Fattah bergelar Ketua Eksekutif Pemasaran Pak Mat Western. Seperti sebelum ini, gandingan Fattah, Una dan Icha riuh dengan celoteh mereka bertiga.
Meninjau entry di akaun Tiktok Ayuu84, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Fattah membaca komen daripada beberapa orang viewers yang meminta supaya Fattah menyuapkan Una makan. Kata Fattah, ini bukan kenduri kahwin untuk makan bersuap-suap.
Una pula menyambung kenyataan Fattah dan memberitahu dia ada tangan dan boleh makan sendiri. Icha menambahkan lagi keriuhan apabila mengatakan jika bersuap-suap pasti akan kecoh di media. Bos dan staff ada batasannya, tidak pernah lagi bos menyuap staff makan.

Mengomel panjang Icha dan Fattah turut mengakui Icha sememangnya garang orangnya. Fattah sendiri pernah dimarahi oleh Icha. Fattah tergelak mendengar ayat spontan Icha menyebut ‘ Staff adalah maut ‘. Adui Icha, ini dah macam terpengaruh dengan filem Ipar Adalah Maut, hehe.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@ayuuariffin84 Staff adalah ma*t -Ica 😂😂 #fyp #fattahamin #Una #Ica #pakmatwestern
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Aku rasa lama-lama si Fattah ni fasih cakap Kedah haha.. Lama-lama Fattah rosak dengan depa ni haha.. “
” Garang kerana betul.. tak pa lah, terbaik.. fattah sekarang dah improve , dah pandai bergurau.. cakap kedah pun dh fasih.. “
” Orangnya tak nampak tapi suara ada haha.. Lawaklah Icha Staff adalah maut.. fattah dh dpt rentak masok kepala dgn diorg.. “
” Staff adalah maut eh, si keychain ni haha.. Fattah pun sama naik dengan depa haha.. baran icha ni.. “
” Berdekah aku gelak staff adalah maut.. Sempoi betul la Una dengan Icha ni.. “Depa ingt ni kawin ka mkn bersuap” hahahahaha lawakk dooo.. “
” Hahaha, lawak depa 3 hahah . Garang icha ni, tak padan dengan keychain hehe.. staff adalah maut eh, baraiiii.. “
” Staff adalah maut… hahahah kelaka la depa ni.. Icha icha.. staff adalah maut terus dia bagi.. garang sungguh tuan kecik halus je.. “
” Marah betul si Icha tu haha.. staff adalah maut, mau tak terbahak Fattah dengan ayat si icha ni.. Fattah pun makin pro cakap kedah, sekepala dah dengan una icha.. “
Memang kecoh dan meriah sesi live team Pak Mat Western semalam. Walaupun Icha ini bertubuh kecil tetapi sekali Icha marah, Fattah pun boleh kecut perut. Apa-apa pun, pujian harus diberikan kepada Icha atas ketegasannya itu. Semoga selepas ini tiada lah komen yang bukan-bukan ketika mereka sedang live.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ayuu84, IG Pak Mat Western
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

