Artis / Selebriti
” Gara-gara Ratu saya bergaduh. You yang goda I.. ” – Dato’ Aliff Syukri
Video live Dato’ Aliff Syukri, Datin Shahida dan Ratu Farah buat warganet terhibur. Lawak dengar cerita Dato’ merajuk sampai bawa diri gara-gara Datin marah isu video dengan Ratu tu. Berdekah Datin gelak, haha..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Papa Laris by AA, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan live Dato’ Aliff Syukri bersama Datin Shahida dan Ratu Farah. Datin Shahida membocorkan satu rahsia Dato’ Aliff kepada semua. Ini berpunca daripada video kontroversi Dato’ Aliff bersama Ratu tempoh hari.
Datin Shahida ada memberitahu sebelum ini, dia menegur Dato’ Aliff kerana kelakuannya itu. Kata-kaya yang Datin berikan kepada Dato’ juga agak sinis dan pedas. Rupa-rupanya ada lanjutan dari kisah tersebut. Menurut Datin Shahida, Dato’ Aliff merajuk selepas kejadian itu.
Dato’ Aliff membawa diri ke kebun durian milik mereka. Tidak itu sahaja, Dato’ Aliff turut meninggalkan pesanan untuk semua pekerjanya. Datin Shahida tidak dapat menahan ketawa sambil bercerita mengenai perangai merajuk Dato’ Aliff itu.

Dato’ Aliff pula mendengar Datin Shahida memecahkan rahsianya ini, menyalahkan Ratu kerana menggodanya. Riuh rendah live ini dengan ketawa Datin Shahida dan Ratu kerana berjaya mengenakan Dato’ Aliff. Ratu bertubi-tubi memukul manja Dato’ Aliff dengan beg tangan kerana geram dengan ayat pedas Dato’ Aliff itu.
Jom tonton video di bawah :
@papalarisbyaa Gara-gara Ratu papa mama merajok! 🤣 #aliffsyukriterlajaklaris #shahidadherbs #ratu #papalarisbyaa #papalaris
Dato’ Aliff yang tidak beringat ketika live, alih-alih Ratu pula yang disalahkan. Namun bagi yang mengikuti Dato’ Aliff pastinya sudah masak dengan perangai masuk air usahawan terkenal ini. Bak kata Datin Shahida, Dato’ Aliff apabila terlebih excited, memang begitu jadinya.

Live yang penuh ceria apabila Dato’ Aliff, Datin Shahida dan Ratu bergandingan. Apa-apa jua yang terjadi sebelum ini, ianya hanyalah sekadar gurauan antara Dato’ Aliff dan Ratu. Dato’ Aliff menganggap Ratu seperti ahli keluarganya sendiri dan tidak lebih daripada itu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Papa Laris by AA
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

