Artis / Selebriti
” Fuh nasib baik, aku yang terkejut sama. Nasib lah Ami ringan.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Adira Suhaimi Kongsi Video Kejadian Tidak Diingini Ketika Menari Poco-Poco Raih Perhatian Ramai. Adui Ami, Tinggi Betul Kasut Tu. Nasib Baik Member Belakang Sempat Sambut !!
Meninjau akaun Instagram Adira Suhaimi, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Adira menari tarian poco-poco bersama rakan-rakannya. Pada awal video, semuanya kelihatan tersusun sahaja tariannya dan menari mengikut step yang betul.
Namun malang tidak berbau apabila Adira tersalah langkah dan tersadung kaki rakan yang berada di belakangnya. Memandangkan Adira memakai kasut yang tinggi tumitnya, Adira hampir terjatuh ke belakang tetapi sempat disambut oleh rakannya itu.
Walaupun semua terkejut melihat Adira hampir jatuh tetapi masing-masing tidak dapat menahan ketawa. Tulis Adira di kapsyennya hashtag ‘member gelak dulu baru kasi selamat’. Adira sendiri ketawa kerana kejadian ini luar jangkaannya.

Warganet yang menonton video ini juga turut terhibur. Melihat kepada tumit kasut Adira itu, pasti sakit kaki member belakang. Adira dan image kasut tingginya berpisah tiada. Walaupun Adira hampir terjatuh, namun tetap maintain cantik.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Fuh nasib baik, aku yang terkejut sama hahah. Kasut tu jinjang sangat sis haha.. tinggi kasut ami.. Saje ulang banyak kali biar ami tersadung banyak kali comel sangat.. “
” Kasut ami tu… kalau terpijak putus jari haha.. tersadung terlajak step kena kawan belakang.. ok dah ada isu tok bole kupas nt..kite tungguuu haha.. tp ami jatuh pon maintain comei caneee.. “
” Macam berat lagi kasut tu daripada Adira hehe… Aku kenal Adira sekarang bukan sebagai penyanyi tetapi pelawak.. “
” Haha jatuh pun cantik lah Adira ni. Adoi Ami random betul, kasut tu haishhh.. nasib member belakang sempat sambut haha.. sorry ami..sy terketawa.. “
” Tengok kasut ami tu, kaki member tu mau jadi lempeng haha.. Tebal nau kasut tu.. jatuh pun Ami tetap lawa.. “
” Jatuh pun cantik.. kasut ami tinggi sangat, member belakang salah step habis. Nasib tak jatuh habis, kalau tak cam buah nangka busuk haha.. “
” Adoi jatuh pun maintain lawa… kalau aku kaa sekali orang belakang menyembah bumi haha.. nasib ami bdn kecik .. ringan .. senang je member blkg sambut.. “
Jatuh pun tetap maintain sahaja Adira. Mujur lah Adira ringan dan kecil, mudah kawan di belakang menyambut Adira. Tergelak besar Adira dengan kejadian yang menimpanya ini. Siap lah Adira, tentu jadi bahan ketawa Dato’ Red nanti, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Adira Suhaimi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti16 hours ago Artis / Selebriti16 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
