Artis / Selebriti
” Part dia gelak tu kelakar lah, puas hati betul dapat buli emaknya.. ” – Komen Netizen
Adira Suhaimi kongsi video mengenai telatah anak bongsunya, Ayub mahu ke kedai runcit buat ramai terhibur. Part last paling kelakar, bukan main lagi Ayub gelak besar yer, haha..
Bagi yang mengikuti penyanyi Adira Suhaimi, pasti mengetahui yang Adira sering berkongsi video gelagat anak-anaknya. Kebanyakan video yang dikongsikan oleh Adira menarik perhatian ramai yang terhibur menonton telatah comel mereka.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Adira telah memuatnaik video yang memaparkan telatah anak bongsunya yang bernama Ayub. Menerusi video itu, Adira baru sahaja pulang kerja pada waktu malam. Namun begitu, Ayub terus menaiki kereta dan meminta Adira membawa ke kedai untuk membeli aiskrim.
Meskipun dipujuk beberapa kali, Ayub tetap mahu pergi ke kedai dan akhirnya, Adira membawanya pergi. Namun, ketika sampai di kedai, Ayub bukan sahaja membeli aiskrim, dia juga ada mengambil barangan lain. Selepas itu, Adira juga sempat merakam telatah Ayub yang ketawa di dalam kereta setelah berpuas hati dapat membeli apa yang dia inginkan.

Bukan itu sahaja, sampai di rumah pun, Ayub masih ketawa dan ketawanya itu membuatkan kakak-kakak dan abangnya juga turut berdekah sama dan termasuklah Adira sendiri. Sehingga kini, perkongsian oleh Adira mengenai Ayub itu telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur selepas menonton perkongsian video ini dan pelbagai kata usikan telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Part dia gelak tu kelakar lah, puas hati betul dapat buli emaknya.. Geram betul tengok perangai Ayub ni, cerdik, hehe.. “
” Drama btl ya masing2…. So cute lah Ayub.. Peranga sebiji sejibot macam ayahnya, Dato Red.. Hahaha gelak tu memang copy paste.. “
” Betapa kuatnya seorang ibu di luar kja balik rumah kja lagi, layan kerenah anak-anak.. Fuhh hebat lah Adira.. Kagum kita tengok.. “
” Bakal2 pelawaj ba ni si ayob nanti muka slamber ja tpi npk lucu.. Eh bukan aiskrim je ke dia nak haha tengok macam2 dah tu dekat tangan, Ayub2.. “
” Lah ingtkan anak betuah saya je suka gelak macam ni yang ni pon sama gelak macam ni.. Kemain dia gelak tu geram tengok.. “
” Perjanjian dalam kereta memang tak boleh pakai ye, kang sampai kedai lain lakk dia negonya, hahahaha sabar lah ami.. “
” Dia gelak berjangkit dengan kita ikut gelak.. Aku teringat muka dia ni. Ada pelakon kanak kanak dari china yg 2 orang selalu bergabung yg satu gemuk dan yg satu lagi kurus . Yg kurus tuh sama ngn muka dia ni.. “
Alahai comel sungguh telatah Ayub ni. Usik warganet, cara Ayub ketawa saling tidak tumpah seperti bapanya, Dato’ Red. Selain terhibur, ada yang memuji sikap tabah Adira dalam membesarkan keempat-empatnya. Apa-apa pun, semoga Ayub terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh buat kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG adira.suhaimi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

