Artis / Selebriti
” Fattah, Fattah, nak kahwin dah ? ” – Elly Mazlein
Video respon Fattah Amin apabila ditanya oleh Elly Mazlein hendak berkahwin dengan Amira Othman buat peminat teruja. Wah, serius ke ni. Amira pun sama bagi hint je tu..
Meninjau ke akaun Tiktok CikEpal, sebuah video yang memaparkan pertemuan Elly Mazlein, Fattah Amin dan Amira Othman telah dimuatnaik. Video tersebut dirakamkan oleh Cik Epal sendiri dan dapat dilihat Elly sedang bertanya sesuatu kepada Fattah.
Elly bertanya sama ada Fattah hendak berkahwin sambil menunjukkan ke arah Amira yang berada di hadapannya. Respon yang diberikan oleh Fattah ialah Fattah menganggukkan kepalanya tanda ya dan meminta Elly mendoakan yang baik-baik.
Elly pula nampak bersetuju dengan memberikan isyarat tangan tanda baik. Wah, macam memberikan sesuatu hint sahaja kepada para peminat. Manakala Amira juga sama apabila ditanya sama ada pergi ke Anugerah Juara Lagu atau tidak, respon Amira merujuk kepada Fattah.

Perkongsian video ini telah menerima lebih lima puluh tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Sehingga hari ini Fattah dan Amira hanya menyatakan mereka hanya sekadar berurusan bersama mengenai kerja mereka.
Jom tonton video di bawah :
@cikepal06 Kak Lina Kepom: Fattah.. Fattah.. Nak kahwin dah? (tunjuk Amira) Fattah angguk🤣. Fattah: Doakan yang baik-baik. Depa tanya pergi AJL tak? Amira: Tak, Fattah tak bagi. Aca: Kenapa Fattah tak bagi ekk? Yuti: Kenapa Fattah yang buat keputusan ekk? Jaga-jaga, aku banyak tau video behind the scene. Hahaha👻.
Sekadar info, Fattah sebelum ini bekerjasama dengan Amira untuk muzik video terbaru Amira berjudul Bila Nak Kahwin. Mereka juga banyak menjadi duta produk secara bersama dan sehingga hari ini mereka masih menjalankan urusan kerja bersama.

Sama ada benar atau tidak mereka bercinta, kita hanya mendoakan yang baik-baik sahaja buat mereka. Bak kata pepatah, kalau ada jodoh pasti tidak akan ke mana. Lagi pun hubungan mereka berdua sememangnya direstui oleh para peminat mereka sendiri.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Cik Epal
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

