Artis / Selebriti
” Dia dok ulang tak sabar nak pergi sekolah, nak jadi Snow White.. ” – Sari Yanti
 
																								
												
												
											Gambar-gambar anak Sari Yanti, Dariya Inara memakain baju Snow White untuk ke sekolah raih perhatian ramai. Alahai comelnya Dariya, dah macam Snow White betul. Gambar yang nombor 3 tu sebijik macam muka Sari..
Umum mengetahui yang pelawak Jep Sepahtu telah mendirikan rumahtangga bersama pelakon Sari Yanti. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata yang diberi nama Dariya Inara, Muhammad Khidir dan Abu Bakr.
Meninjau di akaun Instagram milik Sari, telah dikongsikan gambar-gambar terbaru Dariya. Menerusi gambar -gambar tersebut, kelihatan Dariya cantik mengenakan baju gaun animasi kartun Snow White dan berposing untuk bergambar.
Tulis Sari di ruangan kapsyen mengatakan yang Dariya tidak sabar mahu pergi ke sekolah untuk mengenakan gaun tersebut sempena sambutan Hari Anak-Anak di sekolahnya. Perkongsian gambar-gambar Dariya ini telah menarik perhatian warganet.

Ramai yang mengatakan suka melihat Dariya memakai gaun Snow White. Gambar ketiga Dariya pula dikatakan saling tak tumpah cantik seperti Sari. Sehingga kini, gambar-gambar Dariya itu telah menerima lebih 10,800 tanda suka setakat artikel ini ditulis.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian gambar-gambar Dariya dan memuji Dariya semakin comel. Antara komen-komen menarik adalah :
” Masyaallah, comelnya kamu.. Satu je acik nak pesan dekat Dariya, jgn mkn epal… Mkn la buah lain taw.. Hehehehe.. “
” Cantik snow white ni .. Gambar ke3 tu cantik sangat, mashaaAllah sebiji mama dia lah.. Dah besar pun dia sekarang.. Semoga jadi anak yang baik.. “
” Dariya , anak auntie pun jd snow white hari ni tak sabar pergi school jg.. Selamat hari Anak-Anak Sedunia Dariya.. “
” Cantek ank dara Jepsepahtu, Sariyanti.. Moga semua anak berjaya d dunia wal akhirat, jd anak soleh solehah utk keluarga.. “
” Segaknya anak dara sorang ni.. Muka Sari betul si Dariya ni.. Pandai pula dia posing kan, hehe dah macam snow white betul.. “
” Dariya cantikk , mata tu gabungan Sari & Jep.. Bukaannya matanya luas bulat mcm mata Sari, tapi bola mata dan cara dia tenung orang tu mcm Jep.. “
” Bukan main lawo anak dara Jep. Ramai bakal mak mertua berkenan sama ini makcik, hehe.. Besar dh Dariya, tiba2 teringat bapaknye dulu suka manggil dia makcik.. “
Alahai makin cantik Dariya sekarang, sudah pandai posing apabila gambarnya diambil. Saling tak tumpah wajahnya persis Sari. Apa-apa pun, semoga Dariya terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG sariyanti
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti17 hours ago Artis / Selebriti17 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
