Artis / Selebriti
” Malam ni korang eksklusif, macam mana Dato’ Khairul dapat Dato’. Haa, itu lah cerita dia.. ” – Suami Ina Naim
Video penjelasan suami Ina Naim, Khairul Rizal mengenai gelaran Dato’ yang ramai orang tak tahu. Oo tak sangka begitu rupa-rupanya cerita sebenar. Berdekah Ina gelak dengar penjelasan Khairul, haha..
Umum mengetahui baru-baru ini, Ina Naim telah pun selamat bergelar isteri kembali dengan mendirikan rumahtangga bersama jejaka pilihan hatinya, Khairul Rizal. Majlis perkahwinan pasangan ini diraikan dengan penuh sederhana di rumah keluarga Ina sendiri di Johor.
Sebelum ini, ramai yang menjadi keliru dengan status pangkat suami Ina ini. Ada yang mengatakan yang Ina mendirikan rumah tangga dengan Khairul yang berpangkat ‘Datuk’. Meninjau di akaun TikTok ladywatie, telah dikongsikan video yang memaparkan Khairul menjawab isi tersebut.
Akui Khairul, gelaran ‘Datul’ itu sebenarnya tidak betul dan Khairul menceritakan hal sebenar bagaimana dirinya mendapat gelaran tersebut. Penjelasan oleh Khairul itu telah mengundang tawa isterinya sendiri dan warganet yang menonton live Khairul bersama Ina turut terhibur.

Seloroh netizen mengatakan mereka rupanya sudah ‘tertipu’ dengan status Khairul sebelum ini. Selain itu ada juga mengtakan terhibur menonton live Ina dan Khairul kerana Khairul rupa-rupanya seorang yang kelakar juga seperti arwah suami Ina, Suhaimi Saad.
Tonton video di bawah ini (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@ladywatie Replying to @iburafiq Alhamdulillah , suami Ina ada title Datuk 🤣 inanaim inasuhaimi fyppppppppppppppppppppppp tiktokmala
♬ original sound – Watie Amad | Affiliate – Watie Amad | Affiliate
Di ruangan komen, selain menyukai perkongsian video ini, ramai yang turut memberikan kata ucapan tahniah kepada pasangan pengantin baru ini. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Mana tahu nanti ada rezeki dapat gelaran Dato’ nanti. Tahniah Ina dan suami, semoga rumah tangga kekal bahagia hingga selamanya.. “
” Dato muda, hahahaa rupanya dah ramai cucu, hahaa.. Aduh orang kita ni sibuk betul kan bab2 pangkat ni, hehhee.. Sabar jalh.. “
” Cantik perancangan Allah.. Bertemu, Bersatu kerana Allah… Bahagia hingga Akhir hayat sehidup semati hingga ke Jannah, Aamiin.. “
” Alhamdulillah.. Beruntung Ina dan Khairul…ua2 masuk air…seronok tgok korang hepi, smoga kekal hingga hujung nyawa.. “
” Betul juga kan, hahaha.. dah ramai anak2 kahwin, dapat pula cucu, memang lah jadi jadi datuk, hahaa.. Lawak juga Khairul ni rupanya.. “
” Hahahah sama je Ina dan SS pun suka ketawa.. Allah, sebaik2 perancang.. Tahniah Ina dan Khairul.. Selamat pengantin baru.. “
” Betul.. Datuk yang Allah anugerahkan. .Tapi kelakar betul tengok live Ina dan suami.. Macam2 dorang cerita, hahahahaha.. “
Rupa-rupanya begitu cerita Khairul mendapat gelaran ‘Dato’ . Harap dengan penjelasan oleh Khairul ini terlerai semua spekulasi yang Khairul seorang yang berstatus ‘Dato’. Sebelum ini ada yang ucap tahniah kepada Ina kerana bergelar seorang ‘Datin’ selepas berkahwin dengan Khairul .

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok ladywatie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

