Artis / Selebriti
” Dato’ Red jealous, tapi dia bagi jealous Adira boleh pula, haha.. ” – Komen Netizen
Video Reaksi Dato’ Red Ketika Adira Suhaimi Berpura-Pura Cakap Di Handphone Dengan Seorang Lelaki Buat Ramai Terhibur. Haa Jealous Juga Dato’ Red Ni Rupanya. Siap Suruh Adira Kunci ‘Kandang’ Balik, Haha !!
Kisah penceraian penyanyi Adira Suhaimi dengan suaminya, Dato’ Red baru-baru ini menjadi perhatian warganet. Meskipun masing-masing mengambil pilihan untuk berpisah, Adira mahupun Dato’ Red masih lagi berbaik sesama mereka demi anak-anak.
Kalau dilihat Adira dan Dato’ Red sering membuat live di akaun TikTok bersama-sama dan Adira membantu Dato’ Red berniaga. Kesungguhan Adira untuk membantu Dato’ Red kembali membina kerjayanya dan menjana pendapatan untuk membayar semula hutang-hutangnya itu juga mendapat pujian ramai.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok putehhhx, telah dikongsikan sedutan video live terbaru Dato’ Red dan Adira. Pada awal video, kedengaran Dato’ Red menyakat Adira mengatakan malam tersebut dia hanya tidur keseorangan walaupun katil yang ada pada bilik itu besar.

Dato’ Red juga mengusik Adira lagi mengatakan yang kekasihnya sedang melihat live mereka dan meminta Adira memakai filter untuk menyembunyikan wajahnya. Mendengar apa yang dikatakan oleh Dato’ Red, terus Adira berdekah ketawa. Perkongsian video ini menarik perhatian wargenet.
Tonton video di bawah ini :
@putehhhx #abgred #datored #adirasuhaimi #adirasuhaimireal #adirasuhaimidatored #abgredadirasuhaimi
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur melihat telatah Dato’ Red dan Adira ketika live serta pelbagai respon diberikan warganet. Antara komen-komen menarik warganet adalah :
” Adira dan Dato’ Red makin kelakar. 10 kali repeat tak boring tengok, haha.. Tahu masing-masing cemburu kan.. “
” Hahahahaha Dato’ Red jealous, tapi dia bagi jealous Adira boleh pula.. Last2 suruh Adira kunci kandang, hahahaha.. “
” Tgk Adira sentiasa mengalah dgn Dato Red.. Masing-masing hati ada taman, tapi tak nk bagitahu kan.. Alah rujuk jelah.. “
” Dah rosak dua2 ni, hahaha makin menjadi kelakar korang bila join live sekali.. Nampak bahagia betul lepas pisah, haha.. “
” Jadi kita dh fhm kn knp adira pilih Tok Red ni dulu.. Buktinya majoriti nk dorang get back.. Biasa kalau kisah mcm ni mmng netizen hentam.. “
” Gelak mengekek aku tengok live dorang ni.. Boleh dikatakan langsung tak bosan tau tengok dorang ni.. Harap sangat dorang berjodohan balik.. “
” Sweettt sangat nih, aku kena pindah planet lain gamaknya.. Tak sanggup tengok hahaha.. Boleh murung tau tengok, haha.. “
Part Adira menyakat Dato’ Red balik mencuit hati ramai. Tahu pun Dato’ Red cemburu kalau ada lelaki call Adira. Dato’ Red segera meminta Adira tutup ‘kandang’ dan menguncinya kembali. Apa-apa pun kita doakan yang baik-baik buat Adira serta Dato’ Red. Smoga segala urusan mereka dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok putehhhx
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen

