Connect with us

Artis / Selebriti

” Congratulations Kak Myra dan Abang Amar. Wah, dah nampak baby bump.. ” – Komen Netizen

Video Amyra Rosli membuat kejutan hamil anak ke 3 ketika ulangtahun kelahiran suaminya, Amar Baharin. Wah, terkejut Amar bila tahu. Dah besar dah rupanya baby bump Amyra..

Pelakon dan pengacara, Amyra Rosli mencuri perhatian ramai apabila berkongsi khabar gembira sempena ulangtahun kelahiran suaminya, Amar Baharin. Menerusi perkongsian tersebut, Amyra mengumumkan dirinya kini sedang hamil cahayamata ketiga.

Berita istimewa itu dikongsikan menerusi satu hantaran di Instagram yang memaparkan video kejutan buat Amar. Menerusi video tersebut, Amyra terlebih dahulu meminta Amar memusingkan pergelangan tangannya sebelum menghulurkan kit ujian kehamilan yang memaparkan dua garisan.

Reaksi Amar turut mencuri perhatian apabila dia dilihat terpaku seketika sebelum jelas kelihatan terkejut dan gembira menerima berita tersebut. Selain itu, Amyra yang juga pengacara program Nona sempat menitipkan ucapan romantis bersempena ulang tahun kelahiran suaminya di ruangan kapsyen.

Sementara itu, video yang kedua pula, memaparkan pasangan berkenaan menghadiri sebuah majlis bersama dan baby bump Amyra jelas kelihatan. Hal ini menguatkan lagi perkongsian berita kehamilan tersebut. Penampilan Amyra yang anggun dengan seri wajah ibu mengandung turut menerima pujian daripada warga maya yang tumpang gembira dengan rezeki pasangan berkenaan.

Ikuti perkongsian video di bawah ini :

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut pasangan itu menzahirkan ucapan tahniah serta mendoakan agar urusan kehamilan Amyra dipermudahkan. Antara komen-komen menarik adalah :

” Congratulations Kak Myra dan Abang Amar. Wah, dah nampak babybump.. Semoga semuanya baik-baik sahaja, take care Kak Myra.. “

” Sannah Helwah Amar & Tahniah Amyra dan Amar.. Moga dipermudahkan segala urusan.. Wah berseri2 Amyra. Alhamdulillah.. “

“Happy birthdayyy abg amar, aaaaa congrats kakakkk.. Take care.. Alhmdullillah cinta sampai syurgaa.. Jaga diri kakakkkkkk.. “

” Alhamdulillah..Alhamdullilah, Allahuakbar, Aaaminnnnn Ya Rabbal Alaamiinn.. Hepy besday bro..t Tahniah dik.. Jaga diri berbaik.. “

” Aamiinn..Tahniah utk kebahagiaan yang seterusnya.. Semoga Allah pelihara keluarga ini dengan Iman Dan kasih sayang.. Amin, aminnnn.. “

” Sama dgn kak lofa ke ni. Hehehehe happy nya.. Happy birthday Abang Amar.. Pasangan artis melayu.. Saya suka… Congrats.. “

” Happiest Birthday and Congratulations.. Aaa Alhamdulillah….Kan betul.. Perasan baby bump Amyra mase event Neelofa.. “

Untuk rekod, Amyra Rosli dan Amar Baharin mendirikan rumahtangga pada 2 November 2016. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi yang kini berusia lapan tahun dan Ayra Aryssa, lima tahun. Pastinya kehadiran cahaya mata ketiga nanti akan melengkapkan lagi kebahagiaan keluarga kecil ini, selain membuatkan para peminat tidak sabar menantikan perkongsian momen indah mereka selepas ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG amyrarosli

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Kitsui

Trending

Copyright © Berita Kopak

🔥 Berita Terkait Lainnya:
⚽ Olahraga: Olahraga🎬 Hiburan: HiburanPendidikan💰 Ekonomi: Ekonomi💻 Teknologi: Teknologi🏥 Kesehatan: Kesehatan🏛️ Politik: Politik📰 Berita
📡 Auto-updated • ⚡ Fast indexing • 🚀 SEO optimized