Artis / Selebriti
” Pecah rahsia mommy tau Anaqi. Spoil terus interview mommy, haha.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak Amyra Rosli, Aqeef Anaqi Kantoikan Amyra Ketika Sedang Shoot Video Buat Warganet Terhibur. Alamak Mommy, Anak Biasanya Jujur Tau. Macam Tu Je Anaqi Kantoikan Mommy Dia, Haha !!
Menerusi akaun Tiktok Amar Baharin Official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat anak sulung Amar bernama Aqeef Anaqi ketika melihat mommynya, Amyra Rosli sedang menjalani penggambaran di rumah kediaman mereka.
Pada awal video, dapat didengar Amyra memberitahu dia sudah mengajar anak-anaknya untuk menggosok gigi sebanyak 3 kali sehari. Mendengar sahaja ayat 3 kali itu, Anaqi yang berada di sebalik pintu bertanya mengapa 3 kali dengan suara yang kuat dan jelas.
Ekpresi wajah Amyra ketika mendengar suara Anaqi membuatkan warganet terhibur. Sampai merah ye muka mommy apabila Anaqi mengacau ketika shooting. Pandai Amyra cover dengan bertanyakan kepada Anaqi berapa kali Anaqi gosok gigi dalam sehari.

Kata Anaqi, cuma 2 kali sewaktu pagi dan malam sebelum tidur. Alamak Anaqi, mommy sudah yakin beritahu 3 kali, Anaqi boleh kantoikan mommy macam tu je, hehe. Lawak lah Anaqi ni, ‘rosak’ interview mommy. Amyra marah punya lah lemah lembut suaranya.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@amarbaharinofficial anak-anak biasanya jujur 🤣 . #amyramar #fyp #fypシ in#ohMommy @TV3Malaysia
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 36 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuat naik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dah macam Victoria Beckham kena ni haha.. be honest.. lembutnya dia cakap dengan anak dia.. ”
” “Habis interview aku” HAHAHA.. stanby habis interview.. siap la hanger.. wehhh comelnyaaa amira rosli nii.. ”
” Ya Allah abang muke tue main peranan betull.. weyhhhh dia marah anak dia macam adik beradik je.. ”
” Sebab anak dia ni lah aku ambik nama anaqi letak kat nama anak aku tau hahaha .. kecik kecik handsome, dah besar kelakarrrr pulak hahaha.. ”
” Haha jujur sangat tu abang Anaqi.. jangan kacau mommy.. dah habis kantoi mommy haha.. spoil terus interview mommy.. ”
” Marah pun lembutt alahaiiii dah la lawaa.. comey nye wei dia marah .. kalau mak aku marah gini cara nye alolololo hahaha.. ”
” Dia triggered tu mak dia lari fakta hahaha.. kantoi mommy, pecah rahsia mommy tau abang haha.. lucu anaqi ni, amyra pun lawak.. ”
Abang Anaqi kantoikan mommy, mommy balas balik dengan ayat gigi rongak tu, hehe. Macam kakak dengan adik je Amyra bercakap dengan Anaqi. Apa-apa pun, semoga Aqeef Anaqi terus membesar menjadi anak yang soleh dan membanggakan momyy daddy selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Amar Baharin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen



