Artis / Selebriti
Berita Datin Shahida Didakw4 Telah Memfailkan Pencera1an Mengej0tkan Ramai.
Doakan Yang Baik-Baik Untuk Mereka !!
Siapa tidak kenal Datin Shahida Rashid. Isteri kepada jutawan kosmetik terkenal Dato Aliff Syukri. Mengusahakan bersama perniagaan kosmetik D’Herbs, mereka memiliki empayar perniagaan yang besar. Datin Shahida juga merupakan bekas ahli kumpulan nasyid Solehah yang turut dianggotai oleh penyanyi Bienda.
Datin Shahida atau nama sebenarnya Nur Shahida binti Mohd Rashid dilahirkan pada 14 Mac 1985 dan merupakan anak perempuan tunggal daripada tujuh orang adik beradik. Mengahwini Dato Aliff Syukri pada Ogos 2007, hubungan cinta mereka mula berputik setelah sama-sama bergandingan dalam satu iklan syampu Sunsilk.
Setelah dua tahun menjalin hubungan, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk melangsungkan perkahwinan. Perkahwinan ini memberikan mereka lima orang cahayamata yang diberi nama Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudhah Arshiyah.

Menurut laporan Harian Metro, kedengaran khabar angin bahawa Datin Shahida telah memfailkan pencera1an terhadap suaminya Dato’ Aliff Syukri. Khabar ini mula bertiup setelah kedua-duanya dilihat saling tidak mengikuti akaun sosial satu sama lain.
Rata-rata netizen terkej0t dengan perkhabaran ini. Antara komen-komen netizen :
” Kaya tak semestinya bahagia. Kita doakan yang terbaik buat mereka sekeluarga.. “
” Serius lah??????.. “
” Sahih ke berita nie.. “
” Allah.. “
Pastinya berita ini amat mengej0tkan ramai kerana semua mengetahui bayi perempuan mereka Raudhah Arshiyah baru sahaja berusia 3 bulan. Pelbagai spekulasi dan kontroversi yang timbul kebelakangan ini membuatkan nama Dato Aliff Syukri menjadi sebutan.

Ditambah lagi Datin Shahida yang baru-baru ini mengerjakan ibadat Umrah hanya diiringi anak-anak dan kedua ibubapanya beserta pembantu rumahnya sahaja. Ini menguatkan lagi desas desus dan dilihat juga baik Datin Shahida mahupun Dato Aliff sering berkongsi kapsyen yang penuh m1steri seakan-akan ada maksud tersembunyi.

Sejauh mana kebenarannya masih belum diketahui kerana kedua-duanya belum memberi sebarang kenyataan rasmi. Hanya membalas ‘no komen’ dan memberitahu kesemua anak-anaknya ada bersamanya. Itu sahaja yang dimaklumkan. Apa pun jua, kami di Berita Kopak mendoakan semoga segalanya dipermudahkan untuk Datin Shahida dan semoga segalanya baik-baik sahaja. Aamin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG & Website Harian Metro, IG Datin Shahida Rashid by Berita Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

