Artis / Selebriti
” Berdekah bila dengar Maryam cakap ‘diam lah kau’. Terkejut Rina, haha.. ” – Komen Netizen
Video Maryam You Narae dan Ryzal Ibrahim meraikan ulangtahun kelahiran anak mereka, Nik You Rina yang ke 3 tahun buat ramai terhibur. Baru nak tersentuh masa Maryam baca nukilan khas untuk Rina. Sekali Rina kena pekik, berdekah dibuatnya, haha..
Bagi yang suka mengikuti perkembangan pempengaruh juga pelakon, Maryam You Narae pasti mengetahui yang Maryam sering berkongsi perkembangan anaknya, Rina kepada umum. Paling menjadi perhatian adalah video Rina makan makanan yang dimasak sendiri oleh Maryam.
Setiap kali dihidangkan makanan, si comel ini pasti akan makan dengan cukup berselera, malah menghabiskan makanan tersebut sehingga membuat warganet yang menonton turut merasa terliur. Semalam, pada tarikh 20 Oktober, genap lah usia Rina yang ke 3 tahun.
Meninjau di akaun Instagram Duriankimchi, telah dikongsikan video yang memaparkan Maryam dan suaminya, Ryzal Ibrahim meraikan hari lahir anak mereka. Meskipun diraikan di rumah sahaja dengan sebiji kek kecil tanpa lilin, namun wajah Rina kelihatan begitu teruja dan gembira.

Perkongsian video itu sekali lagi telah menarik perhatian ramai. Gelagat Maryam ketika membaca nukilan yang ditulisnya khas buat Rina mencuit hati ramai. Bukan itu sahaja, cara didikan Ryzal memberitahu Maryam mengenai tidak boleh meletakkan lilin pada kek juga mendapat pujian warganet.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, selain terhibur dengan telatah Maryam, ramai yang turut memberikan ucapan selamat hari lahir kepada Rina. Antara komen-komen menarik adalah :
” Berdekah bila dengar Maryam cakap ‘diam lah kau’ terkejot Rina, haha.. Nampak sangat Rina tak sabar nak makan kek, hahaha.. “
” SANAH HELWAH cute cutie cuteness RINA… STAY CUTE.. STAY SWEET & STAY LOVELY.. Moga menjadi anak yg cemerlang dunia akhirat.. “
” Cheagachugil hamnida Rina good girl.. Terbaik la Ryzal ajar family apa yg tak boleh apa yg boleh dlm islam.. kedua..Semoga Rina jd anak solehah utk mama& papa.. “
” Hahahha lawak aku bila Maryam jerit suruh diam, kwn tengah nak layan baca apa yang dia tulis.. Happy Birthday Rina.. Smoga mmbesar dgn sihat.. “
” Happy birthday Rina, semoga Rina terus membesar dengan sihat, bijak & ceria. thank you for letting us love you.. I hope you won’t ever stop updating us with Rina’s adorable mukbang.. “
” MasyaAllah… Haaha makan lagi penting ya Rina.. Happy Birthday budak bijak, eee geram betul tengok, kejap betul dia dah besar.. “
” Lambat sngt omma niii, Rina da lapo tuuu.. Selamat hari lahir Rina, semoga menjadi ank yg soleha dunia dan akhirat.. Aamiin2.. “
Tak sabar Rina nak makan, tak sempat nak tungguh Omma habis membaca nukilannya. Kami di Berita Kopak ingain mengucapkan selamat hari lahir Rina, semoga Rina terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG duriankimchi, maryamyunrr
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

