Artis / Selebriti
” Baru puas dengar suara Sallman kat sini. Sallman memang gifted, pandai dia harmonize.. ” – Komen Netizen
Video Hadie, Ammar dan Sallman Elkhoyri menyanyi lagu nasyid secara live curi perhatian warganet. Wah akhirnya dapat dengar Sallman menyanyi lebih panjang. Sedapnya suara Sallman, sebijik macam suara SS sangat..
Kelunakan suara anak kedua Ina Naim dan arwah Suhaimi Saad, Sallman Elkhoyri menjadi sebutan dan buah mulut warganet. Ramai yang memuji suara Sallman setelah kemunculan khasnya di Konsert Kasih Kekasih Inteam yang berlangsung pada hari Ahad yang lepas.
Namun sayangnya suara Sallman hanya sedikit yang dapat didengari pada waktu itu. Mungkin kerana ianya kali pertama Sallman menyanyi di konsert besar seperti itu, perasaan malunya masih menebal. Ramai yang mengatakan suara Sallman saling tidak tumpah seperti suara Suhaimi.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Aminbinsyid, Sambal Ijo dan Whosmein95, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Hadie, Sallman dan Ammar membuat live bersama. Masa yang ada digunakan oleh mereka untuk mencipta lebih banyak kenangan bersama.

Menerusi live ini, trio ini banyak menghiburkan viewers dengan nyanyian mereka yang padu dan power. Antara lagu yang didendangkan adalah Setanggi Syurga dan Kias Cinta. Sallman masih malu-malu dan tidak menunjukkan wajahnya dan hanya kelihatan sipi-sipi rambutnya sahaja. Yang kedengaran hanya suaranya yang mengasyikkan itu.
Jom tonton video di bawah :
@aminbinsyid #fyppppppppppppppppppppppp #fyp
♬ original sound – abang sanggul lintang – abang sanggul lintang
@sambal.ijo95 Kemain time practice mula2, part2 tinggi semua Salman bagi kat @ammarlaaa._ 😂 boleh ni pasni buat kump nasyid gen z @ADI? #ttmm #ammar #hadie #salman #triomut
@whosmein95 Part akhir tiba2 ada mashup pulak @ammarlaaa._ @ADI? #TTMM #ammarhaikal #hadie
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Kias cinta. Lagu arwah ayah hadie.. suara ammar sedap la nyanyi nasyid.. salman bgn hadie pn sama mcm arwah ayahnya.. “
” Salman ade sekali tu.. tp nmpk tgn dan kepala je.. tk hilang lagi malu dia.. padahal da buat konsert dgn in team hari ahad hari tu.. “
” Sallman mmg gifted, pandai dia harmonize. suara adik dia salman cam arwah ayah ia… mmg sedap suara korang… acik dengar lagu akan mengalir air mata .. kenang kan dosa² alpa dengan duniawi.. “
” Suara salman betul2 copy arwah ss. Suara hadie ada tone sendiri. Harmoni suara salman.. muka & suara mirip arwah SS.. “
” Masyaallah tabarakallah,sedap suara salman.. suara salman MCM SS.. hadie lain tone Amar PON SDP suara.. “
” Allahu sedapnya suara.. elok tiga2 buat semula lagu2 arwah ayahnya memang padu suara ank2 nya.. “
” Sedap suara hadie, salman dn Ammar.. boleh buat kmpulan nasyid bru ni.. baru mcm puas dgr suara salman kat sini.. smua suara sedap… terbaik.. “

Tak puas warganet mendengar suara lunak Sallman yang persis Suhaimi itu. Dapat juga warganet mendengar versi yang lebih panjang menerusi video perkongsian ini. Apa-apa pun, semoga persahabatan antara Hadie, Ammar dan Sallman akan selalu berpanjangan sampai bila-bila. Mana tahu suatu hari nanti boleh membina team nasyid ‘Onteam’ pula, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sambal Ijo, Tiktok Abang Sanggul Lintang, Tiktok whosmein95
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


