Artis / Selebriti
” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
Video YB Syed Saddiq membebel ketika melihat ibu bapanya dan ibu Bella Astillah serta anak-anak Bella sedang leka bermain telefon buat ramai terhibur. Alamak, habis panik semua bila dengar YB membebel. Kelakar betul, haha..
Bagi yang mengikuti perkembangan cinta pasangan merpati dua sejoli, Bella Astillah dan tunangnya, YB Syed Saddiq, pasti mengetahui bahawa mereka kini sedang menikmati percutian bersama keluarga di Jepun. Momen percutian itu turut dikongsikan menerusi akaun Instagram milik Bella dan juga YB Syed Saddiq.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik j_pheny8, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat santai kedua-dua keluarga ketika sedang berehat bersama. Namun, apa yang mencuit hati ramai adalah tindakan YB Syed Saddiq yang sempat mengusik kedua ibu bapanya, ibu Bella serta anak-anak Bella yang dilihat leka bermain telefon masing-masing.
Menerusi video tersebut, YB Syed Saddiq secara berseloroh mengatakan bahawa keempat-empat mereka mempunyai satu persamaan iaitu terlalu fokus dengan telefon bimbit. Teguran spontan itu membuatkan suasana bertukar riuh dengan gelak tawa.

Sebaik mendengar usikan daripada YB Syed Saddiq, ibu dan bapanya serta ibu Bella terus ketawa sebelum segera meletakkan telefon masing-masing. Malah, mereka turut sempat menafikan tuduhan tersebut sambil melayan gurauan YB Syed Saddiq dengan begitu sporting.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ada yang meluahkan rasa terhibur mereka dan menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Teguran berhemah.. Terbaekkk lah YB.. Hahaha cucu-cucu je tak faham, hahaTerbaik cra ank tegur org tua, sgt beradab.. “
” Hahaha panik terus semuanya, kelakar betul lah tengok.. Love sangat tengok dua2 belah keluarga ni.. “
Tidak cukup dengan itu, YB Syed Saddiq turut mengusik mereka dengan mengatakan semuanya sudah panik selepas ditegur olehnya. Gelagat bersahaja Ahli Parlimen Muar itu mencuit hati ramai, malah rata-rata warganet turut terhibur melihat hubungan akrab antara kedua-dua keluarga.

Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah meraih lebih 1 ribu tanda suka dan dibanjiri pelbagai komen daripada warganet. Ramai yang meluahkan rasa suka melihat kemesraan Bella dan YB Syed Saddiq bersama keluarga masing-masing, malah ada yang mengatakan suasana itu begitu manis dan membahagiakan untuk disaksikan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG j_pheny8, bellaastillah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Beliau mengalami beberapa kecederaan akibat.. “- Pengarah Hospital Tapah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bila dia jatuh, dia tengok macam pintu gerbang. Dia cakap pintu gerbang ni ada 3 lorong.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti4 days ago” Masuk air betul Kepom ni, geram pula kita tengok. Penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kita layan dia makan Mee Cintan 2 peket, kopi 3 cawan, lepas tu.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti3 days ago” Merinding dengar suara Dekta ni, bayangan ibu sangat. Sumpah sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” YB dah stress, dah tepuk dada. Sekali YB pun terkena prank Didi, haha.. ” – Komen Netizen

