Artis / Selebriti
” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
Video anak Achey Bocey, Tiara Zinnirah menyanyi lagu Jamilah di hadapan human standee Que Haidar buat ramai terhibur. Adui, boleh pulak Tiara menyanyi Jamilah anak Pak Beruang. Lepas tu boleh pulak dia geletek ‘ketiak’ Que Haidar, haha..
Umum mengetahui bahawa anak kepada pelawak Achey Bocey iaitu Tiara Zinnirah, turut merupakan salah seorang duta pakaian bagi butik terkenal, Jakel. Setiap kali muncul video Tiara mempromosikan jenama pakaian tersebut, pasti ada sahaja gelagat comelnya yang mencuit hati warganet.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Tiara, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan dirinya sedang menyanyi. Menerusi video tersebut, kedengaran Tiara menyanyikan lagu yang kini tular iaitu “Jamilah” sambil berdiri di hadapan human standee pelakon Que Haidar.
Apa yang menarik perhatian warganet adalah apabila Tiara dengan selamba menyebut lirik “Jamilah anak Pak Beruang”, membuatkan ramai yang mendengar terhibur. Turut kedengaran beberapa individu di sekelilingnya yang ketawa mendengar nyanyian spontan tersebut.

Lebih mencuit hati, Tiara sempat menggeletek bahagian ketiak human standee Que Haidar itu, sekali lagi mencetuskan gelak tawa. Gelagat bersahajanya itu membuatkan video berkenaan pantas mendapat perhatian di Instagram dan hingga kini menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur menonton perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. Tiara memang kelakar betul.. “
” Apa anak Pak Beruang. Sabar je lah Tiara. Hahaha, cute je dengar dia menyanyi, confident betul, hahaha.. “
” Lah baru tau Jamilah rupanya anak pak beruang, hahahaha.. Sempat lg ekk geletek tiak abg jamil yer Tiara, hahahaa.. “
” Semenjak Tiada jd model.. Baru la nmpk gambaran baju anak2 kita yg sama comel mcm Tiara.. Tq Jakel, memudahkan urusan kami.. “
” Dah la anak pak beruang .. Sempat geletek ketiak lagi, hahaha.. Tiara memang random kalau buat lawaknya, comel.. “
” Tiara dengan sikap random tak dapat dipisahkan.. Pandai pula dia tukar lirik.. Abang Jamil tengok Tiara ni, haha.. “
” Adoiiii la Tiara ada aje akal dia. Keras perut gelakan Tiara.. Comel betul Tiara jadi model, pandai pula tu menyanyi.. “
Gelagat comel Tiara ini sekali lagi membuktikan kenapa setiap perkongsiannya sering menjadi tumpuan ramai. Apa-apa pun, semoga Tiara terus membesar dengan sihat, ceria, dan sentiasa menghiburkan peminat dengan telatahnya yang mencuit hati.

Silakan SHARE..
Sumber : IG tiara.zinnirah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

