Artis / Selebriti
” Anak dara Ina tu sebijik muka Ina. Tinggi pula ikut arwah Suhaimi.. ” – Komen Netizen
Video sekitar outdoor photoshoot Ina Naim dan Khairul Rizal. Penampilan anak perempuan Ina, Phyrosh Elfadwah raih perhatian ramai. Alahai cantik dan manis sungguh Phyrosh ni. Baru umur 12 tahun rupanya, tinggi lampai sungguh orangnya..
Selepas Allah uji dengan pemergian suami tersayang, Ina Naim tetap kuat demi kelangsungan hidup bersama anak-anaknya. Selepas hujan, pasti ada pelangi yang Allah hadirkan untuk hamba-Nya. Sudah ketentuan dan takdir Allah, Ina bertemu jodoh dengan seorang jurutera bernama Mohd Khairul Rizal.
Pernikahan kali kedua Ina ini mendapat restu daripada anak-anaknya dan mereka juga sangat akrab dengan Khairul. Rezeki Ina juga semakin melimpah ruah selepas bernikah. Satu demi satu produk mengambil Ina dan Khairul untuk berkolaborasi bersama.
Meninjau entry di akaun Instagram Noziejoystudio dan Tiktok Cikeyta, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ina dan Khairul membuat sesi photoshoot outdoor. Pakej ini ditaja sepenuhnya oleh Noziejoystudio dan Arra Bridal.

Lokasi photoshoot ini adalah di Jelita Duyung Resort Sedili Besar, Kota Tinggi. Ina dan Khairul sangat sporting melayani sahaja kehendak photographer. Anak-anak Ina, Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony juga turut serta dalam photoshoot ini. Penampilan Phyrosh turut meraih perhatian ramai.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@cikeyta_aurashape #LIVEhighlights #TikTokLIVE #LIVE Wedding Appreciation @INA SUHAIMI at @◇♧jelita duyung♧◇
@noziejoy Terima Kasih untuk pengantin yg comel & baik ni ❤️ sentiasa memberi senyuman sepanjang berphotoshoot Bride : @INA SUHAIMI 🫰#inanaim #inanaimkahwin #selamatpengantinbaruinanaim #studiokotatinggi #photoshootpengantin #outdoorwedding #johorphotographerwedding Makeup & busana : @Arra Sidah Ab Karim
Perkongsian ini telah pun meraih banyak tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ina memang cantik manis. lemah lembut. tak payah nak try hard untuk cantik sebab dia ori cantik manis..
” Dia ikhlas bila Allah jodohkan dgn arwah dahulu.. biar kelihatan luarbiasa dia ttp menjadikan arwah sebagai suami yg dihormati & dicintai dgn tulus. pasti apa yg dtg kini adalah hadiah dr Allah utknya.. “
” Ini la sabar yg SS maksudkan dulu.. arwah selalu ckp sabar Ina .. nanti Allah akan bagi ganjaran UTK isteri yg taat dan yg x mengeluh dgn hidup serba sederhana dulu.. Allah beri dgn cara lain.. ”
” Allah ganti semua yang hilang.. Isteri hebat, ibu hebat juga hasil didikan ksh syg, akur seorang suami yg baik. Suami skrg pn baik. Rezeki Ina. Semoga kekal bahagia.. “
” Ina wanita hebat.. selalu diuji dlm kehidupan.. penghujungnya sgt Manis.. MasyaAllah.. Saya respect arwah suami Ina, ina dan suami ina sekarang. Mereka2 nilah contoh jika kita redha Allah bagi bahagia dunia InsyaAllah akhirat.. “
” Suka nya tengok Ina dan suami dan anak2.. best kn byk sponser.. fuhhh penangan ina n khairul.. “
” Sporting la dia orang ni kan. seronok tengok.. ikut saje apa yang disuruh.. anak dara ina tu sebijik muka ina, tinggi ikut ss.. “
Ramai yang tumpang gembira melihat kebahagiaan Ina dan anak-anak. Allah telah hadirkan Khairul sebagai peneman hidup dan pelindung mereka. Semoga Ina sekeluarga terus dalam lindungan dan rahmat Allah serta berbahagia selalu hingga ke akhir nyawa.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Noziejoystudio, Tiktok Eida
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

