Artis / Selebriti
” Ami buat persembahan untuk ikan-ikan, penyu, udang, sotong dan haiwan laut. Pasti mereka terhibur.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video Adira Suhaimi Cover Lagu Dato’ Rossa Berjudul Takkan Berpaling Darimu. Wah Lain Macam Betul Video Cover Adira Ni, Siap Bawa Microphone Menyanyi Tepi Pantai. Untung Lah Semua Hidupan Laut Dapat Dengar Live, Hehe !!
Bakat menyanyi yang dimiliki oleh penyanyi kelahiran negeri di bawah bayu, Adira Suhaimi tidak disangkal lagi. Adira antara penyanyi wanita hasil program realiti Akademi Fantasia yang berjaya menempah nama sehingga kini. Banyak lagu Adira, baik lagu single mahupun duet yang menjadi siulan ramai.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Adira Suhaimi, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Adira membuat cover lagu. Adira memilih lagu dendangan asal Dato’ Rossa berjudul Takkan Berpaling Darimu. Suara Adira yang gemersik dan merdu memang sesuai dengan tone lagu tersebut.
Tidak perlu pakaian yang bergemerlapan dan fesyen yang berat, cukup dengan jubah dan tudung berwarna putih sudah cukup menyerlahkan penampilan Adira. Jika orang lain selalunya menyanyi di studio dan tempat yang selesa, Adira membawa kelainan dalam video ini.

Ramai yang memuji kehebatan suara Adira. Tidak kurang juga yang memuji Adira kelihatan cantik apabila bertudung labuh. Orangnya jelita, ada pula suara yang sedap, Adira hadir dengan pakej yang lengkap. Ramai juga yang menyakat Adira kerana membuat konsert untuk para hidupan laut.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Adira ini telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ami buat persembahan untuk ikan-ikan, penyu, udang, sotong dan haiwan laut. Pasti mereka terhibur.. ”
” Tak payah susah payah green screen bagai. Live video klip terus Ami bagi.. tenang betul dengar suara Ami ni.. merdu.. ”
” Cantiknya ami pakai tudung labuh maca ni. suara pulak merdu, tak berubah dari dulu suara tu.. ”
” Ni mesti dia connect Microfon dia pakai Tu katam katam d Siring batu ni tau.. Ingatkan nak buat content lawak tadi.. ”
” Wow your voice bah Ami.. Another level eh Ami, geram dengar suara tu.. tak puas sebab best sangat.. ”
” Senang betul jadi ikan2 kat dasar tu ye… siap boleh dengar konsert. Klu ikan lumba² yg datang tkpe boleh jdi kawan tu.. ”
” Untunglah ikan kat laut tu dpt konsert free, suara pula sedap.. Ami… awas Aquaman datang masuk meminang haha.. ”
” Sedap cover ni.. suara tak ubah dari dulu. Ingat tadi nak nyanyi nasyid.. sebak dengar adira cover lagu ni.. ”
Tak perlu bersusah susah mencari port menarik, cukup sekadar berdiri di persisiran pantai pun sudah cantik video cover Adira ini. Ditambah lagi suara Adira yang merdu, terbuai-buai perasaan warganet. Apa-apa pun, semoga Adira terus dimurahkan rezeki dan success selalu dalam kerjayanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Adira Suhaimi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti15 hours ago Artis / Selebriti15 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
