Artis / Selebriti
” Allahuakbar kesiannya, sakitnya hati dengar. Sampai macam tu kena buli.. ” – Komen Netizen
Video Hadie dan Sallman bercerita mengenai pengalaman menjadi mangsa buli. Teruk sangat adik beradik ni kena buli. Part arwah Suhaimi datang ambil Hadie dan Sallman tu kelakar pula dengar Hadie cerita. Lawak lah Hadie ni, tak jadi nak sedih, haha..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Mardie_3, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan anak-anak Ina Naim dan arwah Suhaimi Saad, Hadie dan Sallman berkongsi cerita pengalaman mereka menjadi mangsa buli ketika menyambung pengajian di sebuah pusat tahfiz.
Kata Hadie, pengalaman ini sungguh mengerikan dan buli yang mereka kena bukan buli biasa-biasa. Tambah Hadie lagi, dia cuba untuk lari tetapi dia ditangkap dan kena buli lebih teruk daripada itu. Hadie dan Sallman langsung tidak mengadu kepada Suhaimi dan Ina.
Namun naluri ayah dan ibu, pastinya merasa sesuatu yang tidak menyenangkan apabila memikirkan anak yang tinggal di asrama. Kali pertama Suhaimi dan Ina datang melawat Hadie dan Sallman, Hadie cuma mengatakan tempat itu tidak seronok dan mereka monyok sahaja sepanjang sesi lawatan itu.

Alhamdulillah, mungkin berkat doa Sallman saban malam yang meminta kepada Allah supaya mereka cepat keluar dari pusat pengajian itu dimakbulkan Allah. Secara tiba-tiba Suhaimi datang dan terus meminta anak-anaknya ini mengemas barang-barang mereka dan terus berhenti dari pusat pengajian tersebut.
Jom tonton video di bawah :
@mardie_3 kisah Hadie part 3 #talktomymanager #inanaimxhadie #ttmm #hadie
@mardie_3 Replying to @nurnadrahmokhtar Kisah Hadie-Last Part #talktomymanager #inanaimxhadie #ttmm #hadie
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” AllahuAkbar kesiannya.. Mesti arwah SS dapat mimpi atau alamat anaknya tak selamat dekat asrama tu.. “
” Allah. Jahat nya budak-budak tu.. sakit hati ye dengar, nasib baik dah tutup tempat tu.. Kesiannya.. mgkin kes ni ayah dia trauma nk hntar skolah.. homeschooling je lepas tu.. “
” Cara brcerita memang sebji arwah ayah dia.. sambil citer melawak dia tu memang sama.. Betul la kn kbnykn budak yg kne buli, diorang sembunyi kn dr mak ayah sbb di ugut.. “
” SS dan Ina orang yang bijaksana.. Macam nak masuk syurga hehe.. alhamdulillah.. dapat rasa sedih dan gembira bila tiba-tiba ayah datang kan.. “
” Bagus Hadie dan Salman ni, letak sepenuh kebergantungan kepada ALLAH swt.. ntah2 arwah dia dpat mimpi petanda ape dh jdi kat anak dia yg budak2 tu buat.. tu dia suruh kemas beg terus blah.. “
” Ayah dia mmg naluri kuat mesti dia dapat tau anak2 dorg tengah sakit. Alhamdulillah dapat balik awl kalau tak tak tau apa akan jdi.. seronok dengar dia bercerita sebijk macam arwah ayahnya.. “
” Sedihnya sampai macam tu kena buli.. bagus SS ni. instint dia kuat lagi-lagi hal keselamatan anak-anak.. Allah mendengar dan menyelamatkan anak anak ini daripada terus dibuli.. “

Seronok mendengar Hadie bercerita, saling tak tumpah seperti SS. Walaupun serius, tetap diselitkan lawak jenaka. Apa-apa pun, semua itu adalah pengalaman hidup untuk Hadie dan Sallman. Itu lah hakikat kehidupan yang tidak semua indah. Semoga Hadie dan Sallman terus maju jaya dalam hidup.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Mardie_3
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


