Artis / Selebriti
” Alah sedihnya dengar. Anak-anak ni tak pernah menipu.. ” – Komen Netizen
Video Watie Hanifiah bercerita mengenai kata-kata anak-anak Shuib Sepahtu tentang persamaan antara Mummy dan Ibu buat ramai tersentuh. Part Matin kata sebab suka peluk Mummy tu sebak sangat dengar alasan Matin..
Kehadiran Watie Hanifiah dalam kehidupan Shuib dan anak-anaknya , Uwais, Talita, Matin Dan Ayyash membawa sinar bahagia. Kesedihan setelah kehilangan arwah ibu mula menjadi gembira dengan adanya mummy. Seperti semua sedia maklum, anak-anak Shuib memang akrab dan manja dengan mummy mereka ini.
Menerusi akaun Tiktok Cubremi, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Watie bercerita mengenai perangai anak-anak. Matin contohnya, sangat manja dengan Watie dan suka tidur dengan mummy setiap hari. Apabila ditanya kenapa Matin suka peluk mummy, Matin menjawab dia berasa seperti memeluk ibu.
Tidak itu sahaja, ada beberapa persamaan lain lagi yang membuatkan anak-anak merasakan mummy seperti ibu. Sambung Watie lagi, anak-anak memberitahu perangai Watie yang menjaga pemakanan mereka dan tidak memberi makanan tidak berkhasiat seperti mee segera memang sema seperti perangai ibu mereka dulu.

Benarlah mummy menjadi pengubat rindu anak-anak terhadap ibu. Pengganti ibu yang penuh dengan kasih sayang dan perhatian. Tidak hairan lah mengapa anak-anak sayang pada Watie, sifat keibuan yang ada dalam diri Watie itu menjadi puncanya.
Jom tonton video di bawah :
@cubremi Terubat rindu anak-anak dekat arwah ibu
Sehingga kini, lebih 24 ribu tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Watie ni dia ada figure mak2. Sebab tu budak2 selesa ngan dia.. besar pahala dia jaga n syg anak2 tiri mcm anak2 sendiri.. ”
” Walaupon dia tak pernah beranak lagi tapi dia ada naluri keibuan. good watie. wanita hebat.. kenapa aku rasa nak nangis bila dengar kata-kata anak-anak Shuib ni.. ”
” Alah sedihnye dengar. Bila matin peluk mumy macam peluk ibu.. kita pulak menangis dengar.. ”
” Betul la nampak sifar macam arwah Siti Sarah. Suka dengan vibes Watie ni.. alhamdulillah mummy baik terubat rindu kt ibu.. ”
” Anak-anak ni tak pernah menipu.. Sedihnya, berilah kebaikan kepada anak-anak Shuib. Terubat rindu mereka dekat ibunya.. ”
” Ibu tiri macam watie ni limited edition.. macam ibu kandung. sebak bila dengar watie cakap jawapan mateen.. ”
” Sebak pulak rasa.. sifat keibuannya yg jelas ikhlas pengasih penyayang aminnn inilah rezki yg dipinjamkan Allah.. ”
Allah hadirkan Watie tepat pada masanya dan kasih sayang yang ikhlas daripada Watie membuatkan anak-anak kembali tersenyum. Kagum warganet dengan cerita Watie ini. Semoga ikatan kasih sayang yang terjalin antara Watie dan anak-anak sentiasa utuh dan mereka gembira selamanya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Cubremi, ig watie hanifiah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

