Artis / Selebriti
” Ala nangis sekali tengok reaksi Sheila Rusly, sangat ikhlas.. ” – Komen Netizen
Video reaksi suami dan ahli keluarga ketika Elisya Sandha buat kejutan sedang hamil anak kedua buat ramai tersentuh. Menangis Uzair dan Sheila Rusly bila tahu, Mama Elisya pun terkejut..
Menerusi perkongsian terbaru Elisya Sandha di akaun Instagram miliknya, telah dikongsikan satu khabar gembira untuk semua. Elisya kini sedang hamil cahayamata keduanya. Untuk rekod, Elisya sudah pun dikurniakan dengan seorang cahayamata perempuan yang bernama Bunga Elhaq.
Menerusi video ini, reaksi suami Elisya, Uzair Haqimy sangat terharu kerana bakal menimang cahayamata lagi. Pastinya ini rezeki yang tidak dijangka oleh Haq dan Elisya. Haq sendiri tidak dapat menahan air matanya kerana terlalu gembira dengan berita ini.
Elisya juga turut menunjukkan reaksi ibu mertuanya, Sheila Rusly ketika dimaklumkan bakal mendapat cucu lagi. Melompat kegembiraan Sheila dan terus jatuh air matanya. Pelukan dan kucupan Sheila untuk Elisya membuatkan hati warganet turut tersentuh.

Ahli keluarga Elisya yang lain juga sangat gembira dengan berita kehamilan ini. Dari paparan yang ditunjukkan menerusi video tersebut, usia kandungan Elisya sudah pun lebih 12 minggu. Wah tidak lama lagi Bunga bakal bergelar kakak. Tentu meriah rumah dengan kehadiran si kecil nanti.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Suka tengok reaksi Sheila Rusly, sangat ikhlas.. mesti tertunggu-tunggu nak dapat cucu lagi.. seronoknya tengok.. “
” Happy betul nana.. happy dan ikhlas yang tak dibuat-buat.. Tahniah Sha dan keluarga.. Bunga dah nak jadi kakak.. “
” Omggg Bunga nak jadi kakak dah soon, Congratulations you two.. Semoga dipermudahkan urusan you & baby.. “
” Bunga dah peacee dah nak amek gmbar.. Yeahhh bunga nak jd kakak dahhh.. Alaa nangis sekali tengok.. “
” Ya Allah.. terharu aku.. alhamdulliah rahsia tuhan. terus menangis .. smga ursn semua slmt amin.. aku suka family ni especially MIL dia.. “
” Tahniah elisya. Yeayyy Bunga nak jadi kakak.. tak sabar nak tengok adik bunga.. faham sangat feeling tu.. aunty berkaca ni.. Alhamdulillah.. “
” Seronoknya tengok, happy betul Sheila sampai lompat-lompat. Last-last menangis sebab terlalu happy.. “
Alhamdulillah rezeki Elisya dan Haq, ini lah anugerah tuhan untuk pasangan ini. Seronok semua bakal bertambah lagi ahli keluarga baru tahun depan. Semoga segala urusan Elisya sepanjang tempoh kehamilan ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan untuk bersalin nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Elisya Sandha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

